sungguh aku takut bila membaca dan menghayati entry ini..
mari sama-sama berkongsi..selamat membaca^^
MAMPUKAH AKU SENDIRI ISTIQAMAH?
Mampukah??sedangkan dahulunya, murabbi yang membawa kita mengenal dakwah ini sendiri sudah berpaling dari jalan ini. Malah, terasa amat mustahil menariknya kembali ke jalan dakwah ini.
Dan kita menjadi takut , tatkala kita melihat al-akh dan al-ukht kita sedikit demi sedikit menunjukkan fenomena kefuturan.
Ada yang futur sewaktu final year exam. Ada futur lepas kahwin. Ada futur lepas sibuk dengan kerjaya dan dunia. Ada yang futur selepas bertukar fasa.
Fasa student yang hidup bagaikan di syurga di rumah Islam, berpindah kepada fasa realiti, hidup dalam biah yang penuh dengan rawasib jahiliyah.
Mencabar sungguh!!! (movie, lagu, ikhtilat, makan2, lagha2 etc)
Akhirnya, jiwa yang lemah ini kalah, akhirnya menyerah, dan terus tersembam jauh di permukaan dasar bumi.
Sehinggalah rantai dakwah mula terlerai dari dalam dirinya.
Satu demi satu.
Hingga beku dan keras hatinya untuk kembali.
Bukan kerana sombong atau ego.
Namun kerana segan dan malu untuk berhadapan dengan teman2 seperjuangan yang lama.
Atau sudah merasai enaknya dunia yang teramat indah. Sedangkan dakwah dirasai belenggu yang menyekat urat sarafnya dari bernafas.
BAGAIMANA mampu untuk kita istiqamah:
1) Faham
faham dalam erti kata:
i) faham kepentingan untuk sentiasa berada dalam lingkungan tarbiyah ataupun ikhwah akhawat.
Serigala pasti akan makan kambing bila bersendirian. Begitu juga syaitan akan deras mengganggu dan memakan jiwa kita di saat kita mula dari jemaah kita.
Serigala pasti akan makan kambing bila bersendirian. Begitu juga syaitan akan deras mengganggu dan memakan jiwa kita di saat kita mula dari jemaah kita.
Itulah dia jemaah yang membawa kita mengingati ALlah dan risalahNya. Manusia2 yang mengingatkan kita akan dosa-dosa kita dan sentiasa menegur kita.
Kerana itu, sedalam manapun jatuhnya kita, jangan sekali-kali kita putuskan hubungan kita dengan usrah ataupun jemaah kita.
Jangan lari dari kelompok yang baik, kerana jika kita tak bersama mereka, kita pasti bersama kelompok selain dari mereka ( kelompok jahiliyah)
ii) perlu memahami tabiat jalan dakwah ini.
Yang penuh dengan ujian. Iman ini, ada down, ada naiknya.
Sebab itu,di kala down, jangan sekali kali melanggar sunnah rasulullah.
Ujina itu datang kerana Allah nak membersihkan manusia2 yang tidak ikhlas dari jalan dakwah ini. ( ankabut:
2). Kerana Allah mahukan , manusia yang istiqamah dan kekal di atas jalan dakwah ini, adalah manusia yang benar2 ikhlas dan mahukan redhaNya semata.
2). Kerana Allah mahukan , manusia yang istiqamah dan kekal di atas jalan dakwah ini, adalah manusia yang benar2 ikhlas dan mahukan redhaNya semata.
Bukan manusia yang mahukan nama. Bukan yang mahukan pangkat. Bukan yang mahukan pengikut. Bukan juga yang mahukan wang, harta, dan semuanya yang bersifat dunia.
Kerana itu, ujian merupakan tapisan Allah, untuk kita kembali kepada Allah.
untuk betul2 bersihkan jiwa kita hanya untuk Allah.
Kerana itu, bila ujian menimpa kita, jangan lari. Jangan sekali-kali lari.
Syeikh Ali Athoallah pernah berkata:
Sebahagian dari tanda bahawa seseorang itu bergantung pada amalannya, adalah berkurang harapannya terhadap rahmat Allah ketika dia berbuat dosa dan kesalahan.
Barangkali kita dahulu merasai bahawa kejayaan dakwah kita adalah kerana usaha kita. kerana kita rasa kitalah yang paling banyak berjasa.
adik2 ramai ikut dakwah ini, sebab kita. Kitalah yang paling banyak beramal dan mentajmik ramai manusia.
Akhirnya, kerana pergantungan kita pada amal kita itu, menjadikan rapuhnya pergantungan kita pada rahmat Allah, ketika kita down dan buat dosa. Ketika kita buat kesalahan, kita susah sangat nak hadapi perkara itu.
Menjadikan kita down dan terlebih down lagi.
Sedangkan kejayaan dakwah ini, bukanlah kerana usaha kita pun, kerana ALlah yang mahukan kejayaan itu, dan dengan pertolongan ALlahlah kita mampu mendapat kemenangan itu.
iii) memahami Islam secara syumul, integral, dan menyeluruh.
Kefahaman inilah yang mendasari dan membentengi seseorang dari keluar dari syariah islam dan jalan dakwah ini. Bila fondasi islam dan iman itu kukuh, sukar sekali bangunan dakwah itu roboh. Kerana pergantungan dan pemahaman yang mendasar pada Islam itu sendiri.
Kerana itu, dakwah itu bukan sekadar kata-kata dan ucapan. Ianya adalah cerminan sebuah kehidupan.
Seorang daie yang petah berkata-kata seringkali kehilangan respect dari masyarakat kerana tidak beramal dengan islam itu sendiri. Menjadikan kata-katanya itu bahan fitnah buat islam itu sendiri.
Kerana itu, basic pemahaman aqidah dan islam itu sangat fundamental dalam pembinaan kader-kader dakwah. Kerana kefahaman itu dapat menjadikan dia istiqamah di atas jalan ini insyaallah.
2) Support sistem
Support sistem ini terdiri dari
i) keluarga kita
ii) teman serumah/suami-isteri
iii) teman seusrah/sejemaah
iv) masyarakat sekeliling yang lain
kerana itu, kita tidak dapat tidak, perlu membina lingkungan solehah yang mampu menyelamatkan iman kita di saat kita futur nanti.
‘ Kak, apsal asyik sayaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa je yang bersemangat? orang lain tak semangat dan tak buat apa2 pun!’
Memang begitu sunnatullah alam ini. Satu masa kita berada di puncak, kitalah yang paling kental dan berkorbar untuk dakwah ini.
Di satu saat lain, tiba giliran kita di bawah. di saat itu, mutarabbi kita pula yang mengambil tempat kita untuk bersemangat dan sama-sama menyalakan api semangat kita kembali.
WAlaupun kamu berseorangan, teruskan himmah dan semangatmu. Kerana satu masa kelak, kau sendiri yang memerlukan semangat itu kembali.
‘ Can i come back, after been missing for a long time? after sinking to deep?’
Allah tidak pernah berputus asa dengan kita. Janganlah kita berputus asa dengan rahmat Allah.
Kerana itu, support system, terutama dari ikhwah akhawat teramat penting.
memang segan dan malu untuk kembali.Memang tak mahu jumpa muka naqibah lama sebab rasa dah jauh sangat dari jalan dakwah.
Rasa dah takde jalan untuk kembali.
Jika kita melihat rakan kita sedemikian, carilah dia kembali. Terimalah dia kembali dengan hati yang terbuka.
Hatinya mungkin teramat meronta-ronta untuk kembali bersama kita, sedangkan mata kita sering sahaja menusuk tajam ke arasnya secara sinis, menghiris kalbunya yang dalam.
Kita sendiri menolak diri dia , dan tak mahu menerima dia kembali.
Peluklah dia kembali dan katakan padanya:
‘ its ok , iALlah, kita sama2 bina diri kita semula dan sama2 kuatkan diri kita ye?Tak pernah terlambat untuk kembali jika kita belum mati lagi’
Sama2 support dan sokong each other. Tiadalah yang paling membahagiakan kecualilah penerimaan akhawat terhadap akhawatnya yang mahu kembali semula setelah keruntuhan.
‘ dulu akak pikiR,boleh ke aisyah terima akak lagi, setelah akak ‘belot’ tak nak join aisyah dulu. Mana tahu aisyah kecil hati dengan akak’
Wanita beranak 4 itu seringkali mengusik jiwaku. Dahulu kami satu liqa, sehingga masa dan keadaan menjadikan dia tidak lagi bersama kami. Lama. dalam tempoh 4 tahun dia menghilangkan diri,a khirnya dengan rahmat Allah, menerusi anak usrahku, dia mahu kembali bersama kami.
Berhati-hati dia bertanya kembali kepada anak usrahku.
‘dijah, akak tengok dijah dah join group usrah aisyah. rasa-rasa dijah rasa aisyah nak tak lagi terima akak ye?’
Aku tergelak kecil sahaja di saat kisah itu diceritakan semula.
Ya Allah, jemaah ini bukanlah persatuan biasa dan parti politik.
Ianya adalah jemaah islam. Tentulah kita akan menerima siapa sahaja yang mahu bersama kita kan?
DAn kini akak itu terus tsabat bersama liqa kami, walaupun sarat mengandung dalam kepayahan.
Allah Akbar.
Bayangkan kalau kita sendiri yang futur.
Bayangkan!
siapa yang kita nak sangat datang untuk selamatkan kita?
tentulah akhwat(ikhwah) kan?
tentulah ahli usrah kita kan?
Tentulah kita harap dia akan goncang-goncang kita, tampar pipi kita, ketuk2 sket kepala kita, sampai kita sedar dan terjaga dari mimpi nan lena ini.
Maka kita lakukan juga perkara yang sama! tanpa lelah, tanpa putus asa.
WAlaupun dia menolak sendiri usaha kita, kita terus berdoa , terus berdoa, agar satu masa, keadaan akan menjadikan dia kembali kepada kita.
Masa, pasti mengubat. Cuma kita kena sentiasa bersabar dan terus berdoa agar dia kembali semula pada kita
3) Perbaharui keikhlasan
Barangkali ALlah nak uji dan ingatkan kita.
Adakah benar2 kita ikhlas pada Allah.
Ataupun kita masih lagi cintakan dunia dan nakkan perhiasan dunia ini.
Menjadikan kita alpa, dan tak ingat pun pada akhirat?
Ikhlas ialah saudara muslim itu meniatkan setiap kata, tindakan dan jihad yang dilakukan hanya untuk Allah, mencari keredaan dan ganjaranNya tanpa mengharapkan harta atau kemasyhuran atau kedudukan atau pangkat atau kemajuan atau kemunduran. Ini bermakna dia merupakan pejuang fikrah dan akidah bukan memperjuangkan matlamat dan kepentingan peribadi.
Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Tiada sekutu bagiNya, dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan. (Al-An‘am: 162-163)
Dengan ini saudara muslim akan memahami maksud apa yang sering dilaungkannya:
“Allah matlamat kami” dan “Allah Maha besar dan segala puji bagi Allah”.
Rukun Ikhlas-Hasan AlBana
Astaghfirullah.
Dan saya harap, kita sama-sama dapat bantu each other utk istiqamah di atas jalan dakwah ini.
Ukhtikum fillah^^,
~copypaste!~
~copypaste!~
0 comments on "MAMPUKAH AKU SENDIRI ISTIQAMAH?"
Post a Comment