Saturday, June 25, 2011

...menjadi yang terbaik!

Posted by ::Siti Nur Adibah~10:: at 12:30 AM 0 comments

Bismillah..
sedikit perkongsian..
buat wanita solehah di luar sana^^..
semoga bermanfaat..

Menjadi yang terbaik!..

Sementara Rasulullah SAW sendiri sebagai tauladan unggul, sentiasa mencetus galakan dan saranan agar umatnya berusaha untuk menjadi yang terbaik, yang paling dikasihi dan seumpamanya sebagaimana yang dinyatakan di dalam rantaian mutiara hadis-hadis baginda.

Antaranya :

1. “Orang yang paling baik di kalangan kamu ialah orang yang paling baik (pergaulannya) dengan ahli keluarga dan aku adalah yang terbaik dari kalangan kamu dalam pergaulan dengan ahli keluargaku.” ( Hadis riwayat Ibnu Majah dan Ibnu Hibban).

2. “Hal terbaik bagi seorang mukmin setelah ketaqwaan pada ALLAH SWT adalah (memiliki) seorang isteri solehah, iaitu yang patuh jika disuruh, menyenangkan bila dipandang, membenarkan jika suami bersumpah atasnya, dan pandai menjaga diri dan harta jika suami tidak ada.”( Hadis riwayat Thabrani dari Abdullah bin Salam )

3. "Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah."      (Hadis riwayat Muslim)

4. "Yang terbaik daripada wanita di dunia, ada empat: Maryam binti 'Imran, Khadijah binti Khuwailid, Fatimah binti Muhammad dan Asiah isteri Firaun." ( Hadis riwayat Ahmad )

5. “Yang terbaik daripada kaum muslimin adalah yang menahan tangan dan lidahnya ( dari menyakiti ) Muslim yang lain." ( Hadis riwayat Muslim )

Dan banyak lagi hadis-hadis yang menganjurkan sedemikian.

Dan buat para muslimah yang sudah bergelar isteri.Saya percaya, usaha yang ikhlas kerana ALLAH SWT dari seorang isteri untuk ketenangan dan kedamaian suami di rumah, pasti akan diberikan ganjaran yang melimpah ruah dari sisi-NYA. Sebagaimana kata-kata suami kepada saya tatkala menegaskan pandangannya tentang hubungan suami isteri :
“…..hasil dari ketenangan di rumah, suami akan melihat dunia sebagai amanah yang dígalas atas nama ALLAH, dan bukan sebagai habuan kepada nafsu yang
bermaharajalela. Dunia baginya merupakan tempat untuk membalas kebaikan
keluarga, lalu dia menjadi seorang lelaki yang baik dan soleh….”
 indahnya hidup andai bersyariat..

Friday, June 24, 2011

...sometimes.

Posted by ::Siti Nur Adibah~10:: at 2:31 AM 0 comments
Bismillah..wa Alhamdulilah..
renungan bersama..mlm jumaat..
adakah anda pernah merasa sedemikian??
mari koreksi diri^^,,

sometimes..
kita rasa kita memang kuat semangat..
hakikatnya..
ada masa kita juga tersungkur lemah..

sometimes..
kita rasa kita boleh get closed dengan semua orang..
hakikatnya..
bukan semua orang mampu menerima kita..

sometimes..
kita rasa kita selalu susahkan orang lain..
hakikatnya..
kita memang memerlukan orang lain..

sometimes..
kita rasa kita terlalu kuat..
hakikatnya..
kita akan terus juga diuji..

sometimes..
kita rasa sudah cukup menjaga ukhwah..
hakikatnya..
pasti ada juga yang terluka..

sometimes..
kita selalu menyalahkan takdir..
hakikatnya..
setiap yang berlaku pasti ada hikmah

sometimes...
kita rasa kita mahu semua benda..
hakikatnya..
tak semua benda kita boleh miliki..

sometimes..
kita rasa kita sudah cukup ceria..
hakikatnya..
masih ada orang yang cakap kita garang..

sometimes..
kita sedaya upaya sembunyikan rahsia hati..
hakikatnya..
rahsia kadangkala terluah di raut wajah..

sometimes..
kita rasa kita keseorangan..
hakikatnya..
Allah sentiasa bersama-sama dengan kita..

sometimes..
kita rasa kita sunyi..
hakikatnya..
Allah sebaik-baik tempat mengadu..

sometimes..
kita rasa kesempitan wang.
hakikatnya..
Allah sebaik-baik pemberi rezeki..

sometimes..
kita rasa sangat berserabut..
hakikatnya..
dengan mengingati Allah..hati akan tenang.

sometimes..
kita rasa kita susah..
hakikatnya..
Allah adalah sebaik-baik penolong..

sometimes..
kita rasa kita tak selamat..
hakikatnya..
Allah sebaik-baik pemelihara..

sometimes..
apa yang kita rancang selalu tak menjadi..
hakikatnya..
perancangan Allah lebih baik..

what you have to do?

PUT YOUR TRUST IN ALLAH!
PUT YOUR TRUST IN ALLAH!
PUT YOUR TRUST IN ALLAH!

maaf dan terima kasih..
kepada sahabat dan teman..
 yg pernah mewarnai hidup saya..
dan pernah menjadi sebahagian dari hidup saya..
arigato..^^

Wednesday, June 22, 2011

..berkira-kira..

Posted by ::Siti Nur Adibah~10:: at 2:37 AM 0 comments
Bismillah..alhamdulillah..

tiada yang ingin dikongsi..
cuma hati ini berkira-kira..
banyak yang bermain di fikiran..
amanah, taklifan, tanggungjawab, permintaan, kehendak..
semua tue perlukan perkiraan..
ya, perkiraan yang sewajarnya..
dan perkiraan yang harus mengorbankan sesetengah perkara..
harus tepat pilih!

sebenarnya ..sebenarnya ..
sy nk p demokrasi aman ni..BERSIH 2.0..hehe

Jom turun beramai-ramai perhimpunan  BERSIH 2.0..
ummi wa abah..
please support me!
support la duit tambe..huk3
harus recharge semangat..
kata nk berjue..hehe

Kita menyokong BERSIH 2.0 bukan kerana ia bernama BERSIH, tetapi kerana ia mengandungi 8 tuntutan yang rakyat tuntut dengan cara yang baik, tetapi mereka tidak endahkan. Malah cuba berselindung dengan pelbagai alasan dalam masa yang sama mereka menipu rakyat seperti kanak-kanak dalam buaian.

8 tuntutan BERSIH 2.0
1. Membersihkan senarai undi.
2. Mereformasi undi pos.
3. Gunakan dakwat kekal.
4. Akses media yang bebas dan adil.
5. Tempoh kempen minima 21 hari.
6. Memperkukuh Institusi Awam.
7. Menghentikan rasuah.
8. Menghentikan politik kotor.

Membaca, Menilai, Mengkaji & membuat Keputusan adalah peranan Anak Muda hari ini. "Anak Muda Sayang Malaysia". Jika tidak 9 Julai, bila lagi kita ingin tunggu untuk berubah. 

Ya Allah~ permudahkan urusanku..
 ::RABBI YASSIR WALA TUA'ASSIR YA KAREEM::

Sunday, June 19, 2011

Belajar dari Mereka!!~Kem Remaja Imtiyaz~

Posted by ::Siti Nur Adibah~10:: at 2:19 AM 0 comments
Bismillah..alhamdulillah..
sudah lama tidak meng'post' entry baru..
kali ni nk kongsi satu pengalaman..
pd 17 dan 18 Jun 2011..
telah di jemput oleh team Itqan Training Consultancy..
yg dikendalikan oleh saudara Encik Nik Kamal dan Encik Khairul Anuar..
untuk menjadi fasilitator jemputan..

program yang byk memberi pengalaman baru..
Kem Remaja Imtiyaz..
di SMU(A) Tarbiah Islamiah, Lepah Selising, Pasir Puteh, Kelantan..
syukran juga buat saudara Encik Amirulhanif dan Cik Green Apple..
yg turut bertumas sepanjang program..;)

sekitar program berjalan..adik-adik muslimin dan muslimat..

ucapan wida' dan modul..

muka adik-adik yang ceria berprogram..

sebagai fesi jemputan...

banyak pengalaman baru yang kami dapat..
sungguh, kalian yang banyak mengajar kami..

kepada adik-adik Muslimat yang berkongsi cerita dan rasa denganku..
pada malam Jumaat..
dlm slot muhasabah di tanah perkuburan..
detik perkongsian antara kamu dan aku..
sungguh pahit dugaan hidup yang kalian hadapi..

doaku buat adik-adik disana..
semoga kalian tabah menempuh hari-hari yg mendatang..
sungguh keadaan yang membuatkan kalian menjadi sedemikian..
dan benar, akak tidak berada dalam situasi kalian..
diriku hanya mampu menasihati dan bersimpati..

ada sinar-sinar yang inginkan perubahan dalam diri kalian..
juga pada wajah kalian..
semoga ianya menjadi kenyataan..
dan seharusnya diriku menjadi orang yg ambil tahu!!
kenapa yer??
hurm,,kerana mereka harus kembali ke arah itu~~ 
jika bukan diriku..siapa lagi???

Monday, June 6, 2011

Masalah Komunikasi - Hilang Thiqah Sebagai Punca

Posted by ::Siti Nur Adibah~10:: at 2:17 AM 0 comments

Bismillah..
tertarik utk post entry ni..huhu
pernah tak hadapi masalah komunikasi??
hurm..seriously, sy mmg terbeban dgn menda ni..
sejak bila ea??hurm..biar lah saya dan dia sahaja yg tahu^^
keluarkan saya dari masalah nie..please!!~
masalah aper yer???
hurmm....Masalah Komunikasi laaa..adeiihh~
sebab???Hilang Thiqah Sebagai Punca??
iyyap,dan benda ini sudah terjadi..
bukan sy tak thiqah pada kalian..
yer, sekali lagi..
bukan sy tak thiqah pada  kalian..
dan maaf utk itu..
mgkin juga sbb sy ni wt kerja yg xdapat nama..
so what??
cukuplah dengan pandangan Allah~
bukan jawatan dan pangkat yg ku tagih~ 

Di dalam organisasi, komunikasi adalah elemen terpenting untuk sebagai asas dalam hubungan antara ketua dan ahli. Arahan dan maklumat diberi adalah dalam bentuk komunikasi.

Kebiasaannya, masalah terjadi apabila arahan ketua sukar diikuti kerana halangan dalam komunikasi.

Apa itu komunikasi? Komunikasi secara umumnya ialah proses penyampaian maklumat dari satu pihak (penyampai) kepada pihak yang lain (penerima).

Menurut Harold D. Lasswell, komunikasi ialah SIAPA mengatakan APA, kepada SIAPA, melalui APA dan untuk APA.

Manakala Everett M. Rogers mentakrifkan komunikasi sebagai satu proses untuk menyampaikan dan menerima idea-idea dan perasaan dengan tujuan untuk menukar perilaku orang ramai.

KEPENTINGAN KOMUNIKASI
  1. Memindahkan maklumat.
  2. Pembelajaran.
  3. Pengaruh.
  4. Hiburan.
  5. Sosialisasi.
KOMUNIKASI DAN PENGURUSAN

"Kamu sekelian adalah pemimpin dan kamu akan ditanya tentang apa yang kamu pimpin. Pemimpin akan ditanya mengenai hak rakyat yang dipimpinnya. Isteri menjaga hal rumah tangga akan ditanya hal yang dipimpinnya. Pelayan menjaga hak majikannya akan ditanya hal yang dipimpinnya. Kemu sekalian adalah pemimpin dan akan ditanya (diminta bertanggungjawab) terhadap kepimpinan kamu." - Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim

Masalah yang ditimbulkan ahli, akan menjadi tanggungjawab seorang ketua. Maka, ketua perlu memastikan komunikasi yang berkesan berlaku antara ketua dan ahli supaya masalah tidak timbul dan seterusnya memberi beban kepada ketua.

HALANGAN KOMUNIKASI

  1. Halangan terhadap penghantar (persekitaran, sikap, nilai, harapan).
  2. Halangan terhadap pemahaman (bahasa, tahap intelek, persepsi terhadap mesej, panjang komunikasi, kesan terhadap status).
  3. Halangan terhadap penerimaan (prejudis konflik antara penerima dan pengirim).
Apa yang ingin saya tekankan, ialah berkaitan dengan konflik antara penerima dan pengirim. Hal ini berlaku kebanyakannya adalah kerana hilang rasa percaya dan keyakinan atau thiqah ahli kepada ketua.  

Thiqah bermaksud keyakinan seorang ahli terhadap ketua atau pimpinan pada kemampuan dan keikhlasannya, dengan keyakinan yang mendalam sehingga akan melahirkan perasaan kasih, penghargaan, penghormatan dan ketaatan.

Dakwah tidak wujud tanpa qiadah, sejauh mana timbal balik thiqah antara pemimpin dan ahli merupakan kekuatan bagi sesuatu organisasi dan kekemasan strategi bagi mencapai matlamatnya serta mengatasi halangan–halangannya.

Firman Allah yang bermaksud :
"Maka demi tuhanmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman sehinggalah mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa dalam hati mereka sesuatu keberatan terhadap keputusan yang kamu berikan dan mereka menerima dengan sepenuhnya" - An-Nisa' : 65

MEWUJUDKAN THIQAH
Untuk membentuk thiqah di kalangan ahli:
  1. Pemimpin perlu mengenali siapakah ahlinya sebelum ini dan mengkaji latar belakangnya.
  2. Pemimpin perlu membuat ahli yakin dengan kemampuan dan keikhlasannya.
  3. Akhlak pemimpin perlu dijaga sehingga ahli bersedia untuk menerima bahawa segala arahan yang tidak bertentangan dengan syarak yang dikeluarkan oleh pimpinan sebagai suatu keputusan mutlak yang tidak boleh   dipertikai, disangsi, diabai dan diperdebatkan, disamping bersedia memberi nasihat dan menyatakan pendapat yang baik.
  4. Hujah pemimpin yang baik perlu dalam kemungkinan bahawa pendapat ahli salah dan pendapat pimpinan itu benar, dalam keadaan wujud percanggahan antara arahan pimpinan dan apa yang diketahuinya tentang soal ijtihad yang tidak dinyatakan sebarang nas syarak.
Bukankah Allah telah menempelak golongan seperti ini dalam firmannya:
"Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca kitab Allah, tidakkah kamu berakal?" 
- Al- Baqarah : 44

Sunday, June 5, 2011

Sekitar Muktamar PAS PUSAT 2011~

Posted by ::Siti Nur Adibah~10:: at 2:24 PM 0 comments
Bismillah..
memetik ucapan Tema Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat 
 Muktamar PAS PUSAT 2011..

Kejayaan Rasulullah dan para pejuang Islam terdahulu.

Kejayaan Rasulullah membina daulah Islam pertama di Madinah dimana orang-orang Islam adalah golongan minoriti adalah contoh teladan unggul perlu diikuti. Setelah hanya 13 tahun baginda berdakwah di bumi Mekah, dengan diiringi oleh para sahabat dan pendokong-pendokong setia, baginda berhijrah dan menegakkan kerajaan di bumi Madinah dengan sokongan penuh penduduk tempatan.

Apakah resepi kejayaan baginda ini? Resepi utama kejayaan baginda adalah; pertama keimanan serta keyakinan yang teguh,  kedua ketaqwaan serta ta’abbudi yang mutlak terhadap Allah.

Di atas kedua-dua dasar utama inilah lahir kepimpinan Rasulullah berjaya merubah keadaan kejanggalan serta kecurangan masyarakat sekitar. Baginda berjaya merubah kejelekan cara hidup umat serta kerosakan akhlak dan budi mereka kepada satu sistem hidup yang bertamaddun, berdisiplin dan harmoni. Maka terciptalah satu tamadun gemilang yang memberi cahaya kebahagian kepada umat dan dunia seluruhnya.

Keimanan serta keyakinan yang menjiwai dan membajai kepimpinan Rasulullah s.a.w melahirkan ciri-ciri unggul dan unik, iaitu;

-  Tauhidillah iaitu kepimpinan dan perjuangan yang mengembalikan umat ke jalan Allah;

-  Ta’abbud iaitu mengabdi dan memperhambakan diri hanya kerana Allah dalam semua urusan hidup;

-  Amanah iaitu bertanggungjawab di atas segala urusan yang dipikul;

- Taslim dan tawakkal iaitu menyerah diri kepada Allah dalam semua ketatapan tanpa terselit faedah peribadi   atau faedah maddi (kebendaan).

Taqwa serta ta’abbudi pula menjadi intipati kepada kepimpinan yang bermagnet iaitu yang berkesan lagi berpengaruh. Ianya melahirkan dua ciri utama iaitu;  pertama - jihad lillah (perjuangan kerana Allah) dan kedua – akhlaqul karimah (akhlak yang mulia).

Dengan kekuatan iman dan yakin serta taqwa dan ta’abbudi inilah yang menjadi resepi kejayaan gerak kerja baginda di dunia dan akhirat. Ia kemudiannya meresapi pada perjuangan para sahabat baginda serta pada para pejuang Islam seterusnya.

Justeru itu dengan izin Allah Islam dapat didaulatkan menerusi tangan-tangan mereka. Lantas terang dan sejahteralah kehidupan alam dengan nikmat Islam. Maka benarlah firman Allah dalam surah al-Anbiya : ayat 107;

Yang bermaksud;
“ Dan tidaklah Kami (Allah) mengutuskan kamu (wahai Muhammad) melainkan menjadi rahmat bagi sekalian alam.”

"Muslimat tidak boleh lagi menganggap diri mereka hanya sebagai pelengkap kepada golongan lelaki di dalam medan juang, tetapi mereka juga perlu berperanan sebagai tiang seri yang menongkat istana perjuangan.

tangan yang lembut bisa menggoncang dunia..

"Muslimat bukanlah langsir yang menghiasi jendela semata-mata dan ditukar ganti apabila selesai digunakan"...

Sesungguhnya inilah teladan yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah dan para sahabat serta para pejuang terdahulu. Samada kegemilangan Panglima Sallahuddin al-Ayubi yang telah berjaya membebaskan bumi Palestin dan kota Baitul Muqaddis, mahupun Sultan Muhammad al-Fateh yang telah menawan kota Konstantinopel. Para solihin ini beserta pejuang-pejuang mereka diibaratkan oleh kawan dan lawan dengan ungkapan

“ abid di waktu malam dan pejuang di waktu siang. “

Kehebatan manusia teladan dan cemerlang ini, mereka berjuang siang dan malam. Di waktu siang melaksanakan amanah Allah kepada manusia, pada malamnya mereka merintih dan merayu kepada Yang Maha Pemurah dan Yang Maha Memiliki.  Jika teladan inilah dapat kita hayati, semestinyalah kita juga layak menerima kemenangan dan kecemerlangan seperti mereka juga.

KELEBIHAN BULAN REJAB ~

Posted by ::Siti Nur Adibah~10:: at 2:34 AM 0 comments
Bismillah..
Rejab yang dinanti-dinanti sudah tiba..
dan pastinya menjadi suatu hadiah 
yang teristimewa buat seluruh ummat Islam..
dan semestinya juga buat diriku..
di awal Rejab ini..
pasakkan niat untuk berpuasa dan beribadat kerana Allah..
mari berlumba merebut ganjaran Allah..
jgn biarkan bulan ini berlalu dengan begitu sahaja..
jom puasa sunat^^..
puasa sunat isnin dan khamis sbgai permulaan sudaa ok lorh..
yukkk.......*.*

Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.

Sabda Nabi s.a.w.: Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku. 

Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya'aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.

Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)

* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).

* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

* Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).

* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.

* Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.

* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.

* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.

* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.

* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.

* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.

* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.

* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).
Berkata Saidina Ali:

* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.

Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur'an atas segala Qalam.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga.

Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya.

Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya. 

Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya:

* Diampunkan dosanya yang lalu.
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.

Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sesiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan.

Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.

Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad.

Allah menjawab: Telah aku ampunkan mereka! Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.

Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya:
"Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian Ku dankebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antarakau".(dari kitabRaudatul Ifkar)

Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.

Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.

Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya(berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun.

Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Qur'an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.

Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab itu
maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya.

Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.
REJAB bulan menabur benih. 
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman. 
RAMADHAN bulan menuai. 

REJAB menyucikan badannya. 

SYA'ABAN menyucikan hatinya. 

RAMADHAN menyucikan rohnya. 

REJAB bulan taubat. 

SYA'ABAN bulan muhibbah. 

RAMADHAN dilimpahi pahala amalan. 

Wednesday, June 1, 2011

Gathering vs Nasi Ulam~

Posted by ::Siti Nur Adibah~10:: at 3:19 AM 2 comments
suatu pagi yang damai..
minta izin dgn ummi utk keluar rumah..
nak p Kota Bharu~Masjid Muhammadi..
kononnya nk p gathering..
mood heppy..;-)
awalnya, dikhabarkan ramai yang boleh hadir..h0ho
last-last minit..
hanya tinggal kami bertiga sahaja..;-(
mirah, hajar n saya..
aper pom..
we enjoy wif this gathering~lalala
tambahan..
amin sebagai penyeri..

wif amin~adik hajar

mirah wif hajar..khusyuk make..hehe

sila-sila, jemput makan..jgn malu-malu..hehe

p/s:dlm hati gumbira sbb ader yg tulum byarkan..mereka dn kroni2 mereka mkn lagi byk kowt..hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

✿EpiLoG✿SeoRaNg✿MujaHiDaH✿ Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ways To Make Money Online | Surviving Infidelity by Blogger Templates