Saturday, November 20, 2010

Jaulah Muslimat ke Johor~

Posted by ::Siti Nur Adibah~10:: at 1:46 AM 0 comments

Mereka-mereka ini adalah sebahagian daripada sahabiah-sahabiah yang ku sayang kerana Allah..Sahabat dunia akhiratku..sahabat seperjuanganku, sahabat dlm senang n susah..sahabat dlm tangis n tawa..sahabat yang ku temui hanya kerana satu ikatan aqidah yang sama n satu matlamat yang sama...insyaAllah..aku mencintai kalian kerana Allah....
Noor Hazwani (wani) ,Siti Hajar (hajar), Siti Nur Adibah (me),Saidatul Akma (k.nik) ,Noraini (aini),Nor Aqilah (qlah), Syatirah (syati) ,n yg xder lam picture...Nor Izzati (zati) 
Nurul Fatihah (k.teh).. 

Sebelum berangkat..di depan Kolej Ungku Omar,UKM...sempat lagi berposing...muka daa penat sebenarnya...cz terpaksa mengejar masa..budget nak bertolak awl lgi..tp,banyak halangan yang menimpa sahabiah-sahabiahku..hajar dgn k0-k silat,me dgn quiz n exm...wani terpaksa lepaskn tugasan..credit buat syati,hajar,qlah,k.nik n wani..

Mencari keberkatan...1st time nak berjalan jauh dgn sahabiah..dari USiM ke UPSi ..
dari UPSi ke UKM..dari UKM ke UTHM dan " the last destination"....
dari UTHM ke UTM Skudai..

Sebelum berangkat pergi..semua menunjukkan wajah-wajah ceria..walaupun pada dasarnya masing-masing mempunyai komitmen tersendiri di kampus..
moga tadhiah kita dinilai dan mendapat keredhaan dari Allah s.w.t...
insya Allah..

Setibanya kami di rumah sahabiahku di UTHM..teratak aini..^^,..kira-kira tibanya skuad muslimat ini dlm waktu maghrib...n kami dipelawa untuk menghadiri Ijtima' Raya di UTHM..
ape lg majlis makan2..buat2 muka xmalu aje laa...hee~

Selepas acara makan-makan..n buat-buat muka xmalu...
thanx buat aini n "the team" yg sudi menjemput kami..
daa la ciap dpt cenderahati lagi..huhu~

Qlah wif teacher hajar..serius molek hajar ngajar bi..
ape yg diterangkan pom xtau..huhu~

Sanggupkah kau korbankan segalanya demi Cinta?

Posted by ::Siti Nur Adibah~10:: at 12:26 AM 0 comments

Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar

Alhamdulillah kita dipertemukan sekali lagi dengan hari raya AidilAdha yang disambut setahun sekali hari ini. Ironinya tahun ini Hari Raya Aidiladha disambut dalam musim luruh. Dengan daun-daun yang berguguran, cuaca yang sederhana, juga matahari yang tidak memancar dengan terik. Semua ini sama ada kita sedar ataupun tidak merupakan satu nikmat yang Allah berikan kepada kita. Berapa ramai yang tidak pernah merasa berada di dalam musim luruh, berapa ramai yang tidak pernah melihat daun-daun kekuningan, tetapi Alhamdulillah kita dapat merasainya. Bukan setakat itu sehaja, tetapi kita di pilih untuk merasainya!.
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? (Ar-Rahman ; 57)
Tetapi, disebalik nikmat yang banyak ini, seharusnya kita sedar akan apa itu pengorbanan disebalik sambutan hari raya AidilAdha dan diharap dengannya juga memotivasikan kita untuk terus beramal di hari-hari yang bakal mendatang.
Simboliknya, hari raya AidilAdha pastinya dikaitkan dengan kisah Nabi Ibrahim a.s. dan anaknya Ismail a.s. Begitulah kisah ini diceritakan saban tahun sebagai menunjukkan besarnya pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam menurut perintah Allah untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Tentu sekali ianya satu perkara yang berat apabila meninggalkan suatu tanah yang subur lagi diberkati (Baitulmaqdis atau Jurusalem) untuk pergi ke satu kawasan yang sangat jauh di suatu tanah tandus yang tidak pernah dikenali dan tiada penghuni (Mekah). Kata orang, penantian itu satu penyiksaan, begitulah perasaan yang dialami oleh Nabi Ibrahim a.s. yang menunggu hampir 90 tahun untuk mendapat cahaya mata yang pertama iaitu Ismail a.s. 90 tahun itu bukanlah satu tempoh masa yang sekejap, ianya satu tempoh yang sangat lama, tetapi apabila Allah mengurniakannya dengan cahaya mata pertama, perintah Allah terus ia dahului berbanding lainnya.
Perjalanan sangat jauh, ketika itu kenderaan yang mereka naiki hanyalah unta, jaraknya pasti memakan masa berbulan-bulan untuk tiba ke destinasi. Apabila tiba ke destinasi, sekelilingnya hanyalah satu kawasan tanah tandus, yang ada hanya padang pasir, tiada apa, tetapi Nabi Ibrahim a.s. hanya mampu berdoa agar segala-galanya selamat dan kemudian bergerak meninggalkan isterinya yang masih dalam ‘pantang’ juga anaknya yang masih kecil itu.

Sebagai fitrah seorang bapa yang menyayangi anaknya juga isterinya, beberapa tahun kemudian, Nabi Ibrahim a.s. kembali lagi ke tempat dia meniggalkan anak dan isterinya tercinta. Segalanya sudah berubah, jika dulu ianya hanyalah sebuah padang pasir, kini ianya sudah menjadi satu perkampungan. Pastinya yang membuat dia gembira adalah apabila ia berjumpa kembali dengan anaknya yang sudah meningkat usia remaja itu. Bagi seorang bapa, itu pastinya satu nikmat yang tidak mampu dilafazkan dengan kata-kata.
Sekali lagi perintah Allah tetap ia dahulukan, saat Nabi Ibrahim dapat berjumpa dengan anaknya hanya sebentar, saat baru sahaja Nabi Ibrahim baru sahaja dapat melepas rindu terhadap anaknya, saat Nabi Ibrahim baru sahaja memeluk anaknya, Allah memerintahkannya untuk menyembelih anak kesayangannya. Sekali lagi Nabi Ibrahim akur tanpa bicara, tidak cuba untuk tawar menawar dengan Allah!.
Maka Kami beri dia khabar gembira dengan seorang anak yang amat sabar (Ash Shaaffaat : 101)
Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: “Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahwa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!” Ia menjawab: “Hai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar.” (Ash Shaaffaat : 102)
Tatkala keduanya telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya atas pelipis(nya). (Ash Shaaffaat : 103)
Dan Kami panggillah dia: “Hai Ibrahim, (Ash Shaaffaat : 104)
sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik. (Ash Shaaffaat : 105)
Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata. (Ash Shaaffaat : 106)
Dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar (Ash Shaaffaat : 107)

Begitulah perihal kisah Nabi Ibrahim, saat Nabi Ibrahim diuji dengan pengorbanan, pengorbanan yang pastinya cinta itu menjadi teras kepada sebuah pengorbanan. Kata bijak pandai, tiada pengorbanan tanpa cinta, tetapi begitulah kisah Nabi Ibrahim, kuasa cinta, hadir tanpa diminta, pastinya tidak sekadar kata-kata, perbuatan yang dizahirkan oleh jiwa hamba, yang rindu dan sayang kepada pencipta.
Saat Nabi Ibrahim diuji diantara keluarga dan cinta Allah, saatnya diuji antara anaknya juga dengan cinta Allah, pilihannya tetap sama, cinta Allah terus dipilihnya tanpa ragu. Begitulah kisah cinta kepada sang pencipta, apabila hanya Allah di hatinya. Nabi Ibrahim terus membuktikan cintanya, yang mana satu yang bertahta dihatinya, antara Allah dengan keluarganya juga antara Allah dengan anaknya, nak atau tidak seringkali kita juga perlu bertanya kepada diri sendiri, adakah kita sanggup melakukan perkara yang sama?
Pastinya ujian kita berbeza;

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma’aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.” (Al-Baqarah ; 286)

Saat ujian Allah datang kepada kita dengan nikmat-nikmatNya, kesenangan dan kemewahan hidup di Jepun ini, pun begitu, sudah sampai waktunya untuk kita mengambil iktibar dan pengajaran daripada kisah Nabi Ibrahim ini untuk diaplikasikan dalam kehidupan kita. Saatnya untuk kita juga berkata, ALLAH juga dihatiku, tetapi ia tidak semudah dilafaz dengan kata-kata,

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? (Al-Ankabut : 2)
Suatu hari pastinya Allah akan menguji kita, pada saat itu, amalan, keikhlasan, dan pastinya iman akan menjawab, adakah benar hanya Allah di hati kita...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

✿EpiLoG✿SeoRaNg✿MujaHiDaH✿ Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ways To Make Money Online | Surviving Infidelity by Blogger Templates