Thursday, March 19, 2015

Pasti Akan Ada..

Posted by ::Siti Nur Adibah~10:: at 4:27 PM
Reactions: 
1 comments Links to this post

PASTI AKAN ADA.

Pasti ada orang yang mampu menerimamu, seburuk apapun masa lalu yang kamu miliki. Orang yang mampu dengan lapang menerima masa lalu itu dan menenangkanmu dengan kata-katanya. Bahwa itu tidak masalah baginya, kerana ia melihatmu hari ini dan mengajakmu ke masa depan.

Pasti ada orang yang mampu menerima segenap kekuranganmu. Ketika kamu sibuk menutupinya. Ia akan tersenyum dan mengatakan kepadamu untuk menjadi dirimu sendiri saja. Apa adanya.

Akan ada orang yang rela memberikan segenap perhatian hidupnya untukmu. Meski kamu pada dasarnya bukan siapa-siapa. Dia ada untuk menjawab pertanyaan-pertanyaanmu diatas. Apa ada orang yang mampu menerimamu? Jawabnya, ada.

Akan ada dan pasti ada. Orang yang mampu menerimamu sedemikian rupa. Kamu akan menemukannya hanya bila kamu berani mengungkap dengan jujur tentang siapa dirimu. Bagaimana masa lalumu. Apa saja ketakutanmu. Kamu akan menemukannya saat kamu berani jujur tentang dirimu sendiri.

Wednesday, September 24, 2014

Aku dan DAK~

Posted by ::Siti Nur Adibah~10:: at 1:23 AM
Reactions: 
0 comments Links to this post

[23/09/2014]
Assalamualaikum..

Hari ni nk cerita sikit.. satu pengalaman yg sedih.. tp kelakar.. 
nk nanges pon ader.. haha

kisah nya begini.. mlm td pasang niat nk bgun gi klas awal..
klas kul 9.00-11 pgi.. kan baru bukak sem..semangat la kononnya kan..
klas Dr. Nash kan mane berani nk msuk lambat n ponteng.hehe
nk dijadikan cerita, pagi tu bangun kul 8.20 pgi.haha
punya lah set jam awal..(tu ler suke tido balik pas suboh kann =.='  )
tp xbangun2..

pastu bergegas p mandi n ciap2.. naseb baju sume daa iron smlm..
sblm tu daa berkira-kira nk pegi isi minyak dlu ke hape.. try chek ada la sepotek minyak..
dgn compiden nya aku start motor n teruskan perjalanan..
kan daa lambat.. tawakkal je lah..

 pastu tetiba daa sekerat jln tu.. bila bawa motor rasa mcm semput je motor ni..
dah kenape pulak??? haiihh.. aku pn dgn selamba bawak slow2.. tgok meter daa E..
Alamak! jgn laa wt hal.. daa la daa lmbat ni..

pop pop.. trus mati.hahaha
kelakar..naseb dduk tepi jln..compem minyak habes
acaner ni?? nk g klas ke x?? pokoknya aku kena tolak dulu motor ni.huhu
gigih la kan... xkan nk ponteng klas..
terus teringat kt radhy.. dlu2 aku selalu bebel kt dia sbb bawa motor xreti nk chek dlu minyak. hahaha..

now, terkena kt batang hidung sendiri.hahaha
then aku pn dgn selamba tolak motor..dgn pakai jubah ayu.huh, semput!
jauh la jugak kna jalan.. naseb dlm 100 meter gtu je..
tp berpeluh kowt.huhu
naseb helmet aku tu bleh la cover muka..cz gelap.. selamba je jln.hehe

sampai je stesen minyak aku tengok ada sorg pak cik ni senyum je..
haihhh!!! ape pandang2 pak cik??? tau la ader pengalaman.ekeke
fuhhh, tobat xnak daa tangguh isi minyak.. ambik ko!huhu

then Alhamdulillah...motor daa idup..
senyum je n teruskan nk g klas balik..sampai2 je daa kul 9.30 pgi kowt.. alamak!
abis la.. then daa la klas hari tu jauh.. tup2 dpt msg dr k.dayah
"eh xdtg klas ke??"
tp yg pelik nape dr fatimah yg tgh ngajar?? huh, salah kls rupanya..

huuhu..rupanya klas tukar ke bilik tayangan..
mcm mane nk masuk klas ni?? haiyya..
aku tawakkal je masuk klas.n say 'sori Dr sy lambat, motor sy wt hal td.huhu
pastu Dr Nash tanya. "pastu mcm mane dgn motor awk? awk tolak ke?
i'm said 'aah, sy tolak..buat malu je..wawa...

***habess

ni la Dr Nash.. Dr yg sama group kelompok masa retreat dlu. 
pokoknya dr daa tau cerita n kisah aku.ngeh3

Ni la kuda tunggangan aku.. xde dia alamak patah kaki la dakuuu
-thanks DAK***
-Tengs ummi n abah poskn motor :')

-TATA-

Monday, September 22, 2014

...biar gambar berbicara

Posted by ::Siti Nur Adibah~10:: at 2:04 AM
Reactions: 
0 comments Links to this post

[22/09/2014]

Bismillah.
biar gambar berbicara.
mohon titip doa dari semua.

duhai hati tenanglah.
duhai jiwa bersabarlah.
duhai Allah permudahkan lah.

apapun..

don't forget to say..
 alhamdulillah..
for everything we had, 
for everything we have.
 and for everything we will have..
unexpected rizq,
i would say..
alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah

Mahukan BAROKAH?? let's try..

Posted by ::Siti Nur Adibah~10:: at 1:05 AM
Reactions: 
2 comments Links to this post

[22/09/2014]
Bismillah..
Assalamualaikum w.b.t

.
.
.
.
.

windu nk coretkan sesuatuuuu kt sini..
sebenarnya daku lupa suda mcm mane nk update belog ni.kui3

Alhamdulillah.now, masuk sem 3 master..
mcm xcaye je sem 2 dah berlalu..
segala sedu sedan daku berlalu juga dgn izinya..:')

xde menda nk share pn sebenarnya..
cuma sedikit peringatan dan muhasabah buat diri nie..
yang kadangkala rasa down, stress, xtenang dll..
pastu mula lah nak carik sahabat2 utk share n borak2..
then gelak2. setel. kiki

tp rupanya ada benda laen yg lack cket..
selalu je lupa. apa ya???
ya! kita punya pencipta.
mengadulah padanya.
Allahu. T_T
*nangess sedu

maka,
dgn ini nk kongsikan sedikit coretan..

Pernah tak dengar orang cakap "Malam terasa panjang bila kita solat Isyak awal", 
atau sendiri pernah rasa macam tu? Saya selalu rasa macam tu dan tertanya juga kenapa. 
Tapi bila difikirkan semula, bukan setakat solat Isyak. Bahkan, untuk setiap waktu solat, 

kalau kita tunaikan pada awal waktu, kita akan terasa bahawa masa tu lebih panjang jika nak dibandingkan dengan waktu yg kita solat lewat.

Ini semua ada kaitan dengan keberkatan masa. Berkat itu ertinya ziyadah: 
pertambahan, kekal, atau tempoh panjang yg terisi kebaikan. 
Jadi bila org kata, "semoga dpt rezeki yg berkat", itu bererti kita berdoa 
supaya dpt rezeki yg tidak cepat habis, dan digunakan dgn cara bermanfaat. 

Keberkatan masa pula bagaimana? Bererti, masa terasa panjang, 
sentiasa cukup waktu utk menyiapkan kerja2 kita atau perkara2 yg tidak sia2. 
Pernah tertanya tak? Bila kita tgk seseorang tu, nampak sibuk, anak ramai, 
jawatan besar, tapi banyak kerja2 yg dapat dia siapkan seperti menulis byk buku, 
khidmat masyarakat, join program itu ini, dan pelbagai lagi tugasan yg menuntut byk masa 
darinya tapi sentiasa shj dia berjaya melakukannya dengan baik. 

Subhaanallah. 
Begitulah, jika kita menjaga apa yg Allah suruh dan tidak leka dgn dunia, 
inshaAllah keberkatan itu sentiasa akan mengiringi. 

InshaAllah. 
Jom tanamkan azam utk sentiasa solat awal.

sekian.

Monday, March 17, 2014

notim to say!!~

Posted by ::Siti Nur Adibah~10:: at 1:26 AM
Reactions: 
1 comments Links to this post

Bismillahirrahmanirrahim..

17/03/2014
Alhamdulillah, masih dikurniakan nikmat Islam dan Iman..
rindunya mau nukilkan sesuatu di belog ni..
bukan menyepi, tetapi kekangan itu yg menghimpit..huhu
ya,ini 1st entry bg sy sbg student sarjana..
i'm now at sem 2..
omg,how fast time flies!!
n dis is the 1st entry on year 2014..ngeh3

okehh..
hanya nk kongsi ayat ini je..
sbb terbelek belog Ustazah Fatimah Syarha :)
.
.
.
.
::SEBARKAN BAHAGIA::

Bahagia itu bukan destinasi
yang belum pasti
bahagia ada setiap hari
dinikmati oleh hati

Bahagia anugerah Ilahi
berhak dimiliki
buat siapa yang mencari
dengan petunjuk hakiki

Bahagia perlu diciptakan
bukan sekadar diangankan
dalam setiap keadaan
dalam setiap kesempatan

Usah terus sengsara
bahagiamu di depan mata
ciptakanlah bahagia
dan sebarkan bahagia

my name is Alifah!!

i'm wif untie adeebah at ULK Ulu Yam.ececee =)

p/s: gerammm sama budak kechik ini..pandai posing

Tuesday, January 8, 2013

..perihal bakal suami^^

Posted by ::Siti Nur Adibah~10:: at 12:20 AM
Reactions: 
4 comments Links to this post

Assalamualaikum w.b.t..
hemohemo..fuh, tebal betul sarang labah-labah dlm belog saya ini!
jika dihitung- hitung..
sudah hampir 6 bulan saya tidak meng 'update' belog yg tidak seberapa ini..
sibukkah benarkah saya?
hoho..
*biarlah dia dan saya sahaja yg mengetahui^^

maka dgn ini, tatkala sahabat- sahabiah mengepost tentang walimah mereka..
terdetik untuk diriku mencatatkan mengenai..
.
.
.
.
.
.

perihal bakal suami..

sebenarnya saya tertarik dengan gambar di atas..
itu aja!
dan saya kongsikan juga ayat di bawah^^

sy tak kisah kalau awak tak ensem, tak cool, tak macho, tak gentleman, tak romantik.

sebab?

bila mana awak dah jadi suami sy, bagi sy, awaklah yang paling ensem, paling cool, paling macho, paling gentleman, paling romantik dalam hati sy ni.

bagi seorang isteri, suamilah insan yang paling dekat dengan dirinya. dan yang paling penting, insan yang paling rapat di hatinya selepas Allah dan Rasul.

Taat seorang isteri kepada suami bukan hanya sekadar tanggungjawab. Tapi lebih kepada rasa cinta dan sayangnya kepada insan yang diberi amanah untuk menjaganya.

Ikhlas diri ini untuk menyayangi suamiku nanti, supaya dapat bertemunya lagi di mahligai cinta yang kekal tiada hujungnya.

amin

p/s: ayat2 tu CP jer k.hihi

Wednesday, June 13, 2012

Hadiah dari seorang sahabat..

Posted by ::Siti Nur Adibah~10:: at 9:11 PM
Reactions: 
1 comments Links to this post
 [13/06/12]
Hari ni dapat sesuatu dr seorang sahabat..
teruja! sbb dia xpernah reti edit gambar bagai..
maka, haruslah sy teruja!
taraa~
go0d job! 
..................................

Hadiah untuk sahabat2 yang amat hajar sayangi..
walaupun xseberapa, tapi ni first time in my life hajar edit gambar.
 pinjam laptop saem..huhu. 
terimalah hadiah xseberapa ini. akibat rindu sgt dgn sep2 antunna.. 
terimalah.. ;)

Tuesday, June 12, 2012

Hindarilah Sifat Malas Wahai Sahabatku!

Posted by ::Siti Nur Adibah~10:: at 12:47 AM
Reactions: 
2 comments Links to this post
 
Bismillah wa alhamdulillah..
fatrah final exam makin tiba..
gelap cerah..gelap cerah..
hari ni genap sudah 11 hari tempoh study week buat diriku..

(haaaah! lamanya n bru perasan.grrrrr..)
cuma agak mengecewakan dan sedikit geram!!..
enchik syaitan ni memang sudah berjaya kuasai diri sy!..
bayangkan sepanjang tempoh study week ni, sy xmasuk apa-apa pn yg study..
n sangat lah kemalasan..
ya! alasannya, sy mula exm 18hb Jun..
xmacam sahabat/biah yg lain..
oh sadis!
mo0d exam silalah kembali!
wake up adeebah!

..........................................................................
 
Sifat malas adalah hamparan tikar bagi iblis. Bila kita membiarkan sifat malas ini dengan tidak berusaha memeranginya, maka tikar itu akan semakin lebar, sehingga semakin nyaman iblis bersemayam di atasnya. Kita akan menjadi semakin sulit keluar dari sikap malas itu dan hancurlah kita walau setinggi manapun ilmu kita.

Rasa malas diertikan sebagai keengganan seseorang untuk melakukan sesuatu yang seharusnya atau sebaiknya dia lakukan. Contoh-contoh rasa malas adalah sentiasa menolak tugas, tidak disiplin, tidak tekun, suka melengah-lengahkan sesuatu, mengelakkan diri dari kewajipan, dan seumpamanya.

Rasa malas merupakan sejenis penyakit mental. Masyarakat yang dipenuhi oleh individu-individu yang malas sudah pasti tidak akan maju. Selain itu, rasa malas juga menggambarkan hilangnya motivasi seseorang untuk melakukan pekerjaan atau apa yang dia inginkan.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

"Diriwayatkan daripada Annas Bin Malik berkata bahawa Rasullullah SAW. Pernah berdoa yang bermaksud : Wahai Tuhanku aku berlindung dengan Engkau dari sifat lemah dan malas, takut dan bakhil dan aku berlindung daripada Engkau dari azap kubur dan aku berlindung daripada Engkau dari kesusahan masa hidup dan masa mati. (menurut satu riwayat yang lain) aku berlindung daripada Engkau dari beban hutang dan dari dikalahkan oleh musuh" (Riwayat dari Muslim)

Diantara penyakit jiwa yang boleh merugikan dan memundurkan umat manusia ialah berperasaan lemah diri, malas bekerja dan berusaha , bersifat kedekut atau bakhil serta sayangkan harta untuk dibelanjakan ke jalan kebajikan bagi membantu orang yang susah. Dengan adanya sifat-sifat tersebut dalam diri sendiri segala urusan akan tergendala malah masyarakat akan lemah dan mundur serta mudah dikalahkan oleh musuh, dengan itu masyarakat akan jadi huruhara . Dengan sebab itu ianya perlu dikikis dan dihapuskan dari dalam diri setiap orang dengan sedaya upaya yang boleh.

Untuk menghapuskan sifat-sifat tersebut bukanlah satu perkara yang mudah, kerana ianya sudah melekat didalam diri tanpa disedari oleh kita. Oleh itu kita mestilah berusaha bersungguh-sungguh dengan sedaya upaya jauhkan dari sifat tersebut terutama dengan cara berdoa kepada Allah.

Semoga kita mampu mempersempit “tikar iblis” itu dengan cara memerangi sikap malas kita, agar kita mampu untuk meraih kebahagiaan di dunia dan akhirat. Amiin

 Jadi bagaimana hendak mengatasi virus yang merbahaya ini? 

Diriwayatkan dari Abu Said al-Khudri r.a bahawasanya pada zaman Rasulullah SAW ada seorang sahabat yang sangat miskin bernama Abu Umamah. Siang dan malam dia tinggal di masjid, dan kemudian baginda memanggilnya seraya bertanyakan sebab-sebab dia bersikap demikian.

Abu Umamah menerangkan kepada Rasulullah SAW tentang kesedihan dan kesusahan yang menyebabkan ia tidak tinggal di rumah, kerana akibat banyaknya hutang yang tidak dapat dibayarnya.

Mendengar pengaduan Abu Umamah itu, Rasulullah SAW merasa hiba lalu beliau berkata kepada Abu Umamah : “Mahukah kamu kuberikan kalimah dan amalkanlah dengan baik setiap hari, nescaya Allah SWT akan melenyapkan kesedihanmu dan memberimu kelonggaran? Kemudian Rasulullah SAW membaca doa, sedang Abu Umamah mendengar dengan baik.
 
Berikut adalah doanya...
 
 doa elak dari sifat malas, rasa dukacita dan kedekut
 
Abu Umamah membiasakan membaca ayat yang diajarkan oleh Rasulullah SAW itu siang dan malam dengan penuh keyakinan bahawa Allah SWT akan memberi kelonggaran kepadanya.

Selang beberapa hari., kesedihan dan kedukaan yang dialami Abu Umamah berkurangan, makin lama makin berkurangan dan akhirnya hilanglah sama sekali dan terbukalah alam fikirannya untuk mendapatkan pekerjaan yang baik.
 
Dia akhirnya dia menjadi usahawan yang berjaya, sehingga hutang-hutangnya dapat terbayar semuanya dan bahkan dia menjadi orang yang sangat kaya.

Monday, May 28, 2012

La Tahzan!

Posted by ::Siti Nur Adibah~10:: at 4:49 PM
Reactions: 
0 comments Links to this post

[28.05.12]
sedih..
kecewa..
terkilan..
depress..
down!
oh god!

.....................................................................

niat xbaek seringkali memakan diri..
maka ambillah pelajaran n pengajaran..
sentap hati dilemparkan asakan pertanyaan demikian..
juga bait ayat sedemikian..

mf andai sy yg bersalah..
cuma minta diberi sedikit ruang n peluang..
Ya Allah, lembutkan lah hati dia..
terima kasih atas semua ilmu n tunjuk ajar..jasamu di kenang
mohon dihalalkn segala ilmu.sekian. 

La Tahzan Adeebah!
jika sudah ditetapkan, maka Kun fayakun!

p/s**bibir tersenyum, hati menangis..

Tuesday, May 15, 2012

Andai kau mencari yang sempurna...

Posted by ::Siti Nur Adibah~10:: at 1:34 PM
Reactions: 
0 comments Links to this post
[13.05.12]
Andai kau mencari yang sempurna.
Pasti kau merana sengsara.
Carilah yang tidak mencela.
Dan mampu menerima seadanya.
Yang berkongsi saat gembira.
Dan sentiasa bersama walau berduka.
....................................
Di jalan dakwah mereka bertemu.
Pernikahan menyatukan dua insan yang bercinta.
Selamat Pengantin Baru. Bahagia selamanya. (^^)
Pasangan dua sejoli FaizalMaisya.
Mohd Faizal Bin Ahmad:
Naib Presiden 3 PMUKM 11/12

Maisya Azila Binti Ismaon:
Timb. Exco Kebajikan Dan Akademik ISIUKM 11/12
 Selamat Pengantin Baru K.Maisya n Us. Faizal~

::bersama Presiden ISIUKM n Pengerusi HELWA ISIUKM 2012/13::

Saturday, May 5, 2012

Pelajaran daripada ziarah ke rumah as Syahid...

Posted by ::Siti Nur Adibah~10:: at 8:31 PM
Reactions: 
0 comments Links to this post
Bismillah wa alhamdulillah..
entry ini ditulis khas sempena mengingati sahabat/biah seusrah lewat waktu dahulu..
berbulatan gembira bersama..
ya! sy banyak belajar dri situ..
kerna mereka insan2 hebat!
mulanya diberi tugasan utk memberi tazkirah ringkas..
dan tokoh ini menjadi pilihan utk dikupas..
As Syahid Syeikh Ahmed Yassin
ya! insan berkerusi roda yg cukup2 digeruni Israel Laknatullah..
jom kenali!

Sheikh Ahmad Yassin telah pun menempa sejarah dengan menemui kesyahidan pada tanggal 22hb Mac 2004 sekembaliannya daripada mengerjakan solat subuh secara berjamaah di masjid yang letaknya kira-kira 100 meter daripada rumahnya.

Menurut anaknya Sheikh Abdul Ghani, mereka terdengar bunyi bising dari arah atas masjid sebaik sahaja menunaikan solat subuh di masjid tersebut. Sheikh Ahmad Yassin diingatkan bahawa bunyi tersebut adalah bunyi daripada beberapa buah helikopter yang mungkin sedang memburu beliau.

Sheikh hanya menjawab : "Biarlah, memang sudah lama aku menunggu mereka."

Sebaik sahaja beliau keluar daripada masjid dan diiringi oleh beberapa teman rapatnya, Sheikh Ahmad Yassin telah ditembak syahid oleh 3 buah helikopter apache yang telah memuntahkan 3 buah peluru berpandu sehingga bersepai anggota dan tubuh-badan as syahid.

Allah Akbar....!

Kematian adalah satu yang telah pasti, tidak dipercepatkan dan tidak pula dilambatkan walau pun sesaat. Beruntunglah buat si syahid kerana beliau berjaya mengakhirkan kehidupannya dengan sebesar-besar kemuliaan. Rohnya riang gembira di syurga walau pun jasadnya kelihatan berderai merata-rata bersama lempahan tompokan darah yang memenuhi bumi.

Allah amat menyayangi Sheikh Ahmad Yassin sehingga membenarkan cita-citanya selama ini. Kasih sebenar Sheikh Ahmad Yaasin adalah kepada Allah, NabiNya, agama islam dan umatnya.

Allah menjadikan kematiannya sebagai suatu yang begitu besar. Lebih daripada 200 ribu orang-orang di Gaza telah berkerumun mengiringi jenazahnya ke maqam syuhada. Umat Islam seluruh dunia bercerita tentang kesyahidan dan masing-masing meluahkan rasa penghargaan yang begitu besar terhadap kehebatan perjuangannya.

Majlis Keselamatan PBB juga telah mengutuk pembunuhannya. Kerajaan-kerajaan Arab juga telah berbuat demikian. Negara-negara Eropah juga tidak berkecuali bercakap mengenainya.

As Syahid Sheikh Ahmad Yaasin bukanlah seorang menteri, tidak juga raja atau pembesar negara tetapi ketokohannya sebagai pemimpin Islam menjadikan kawan dan lawan memandang hebat kepadanya.

Sekalipun umat Islam kelihatan lemah dan hanya mampu melihat pemimpin gerakan Islam dibunuh, namun untuk menyerah kalah atau menggadaikan prinsip perjuangan atau mengiakan segala perjanjian-perjanjian yang sia-sia adalah tidak sama sekali.

Sheikh Ahmad Yassin juga mengajar umat ini bahawa mereka yang benar-benar mahu menggerakkan ummah, tidak perlu menunggu kelayakan akademik yang tinggi dan hebat seperti Master atau PhD atau menunggu jawatan yang hebat sebelum menerajui atau mendokong perjuangan memertabatkan kebenaran. As Syahid hanyalah seorang guru yang mempunyai latar belakang pendidikan yang begitu sederhana.

Perjuangan untuk memertabatkan kemuliaan Islam tidak terhenti dengan syahid atau perginya para pemimpin. Rasulullah saw wafat, para sahabat juga meninggal dunia, para ulama dan pejuang Islam terdahulu juga telah menunaikan janji masing-masing dengan Allah.

Nabi saw telah memberi khabar gembira dengan adanya umat ini yang terus melangsungkan perjuangan menegakkan Islam sehingga berlakunya di antara 2 ketentuan iaitu samada menang atau syahid di jalan Allah.

Walau pun kini as Syahid telah tiada di muka bumi, namun Allah telah menggantikannya ratusan ribu para pejuang yang bersedia untuk meneruskan kesinambungan perjuangan yang mulia ini.

Rumah peninggalan as Syahid, bahan-bahan penulisan perjuangannya dan generasi muda yang ditinggalkannya akan menjadi saksi terhadap kemenangan yang bakal diperolehi oleh umat ini walau pun as Syahid pun telah terlebih dahulu menghirup kasih sayang Allah dengan nikmat kesyahidannya.

copi pasta:: MK-8 AP ke Gaza, 16hb April 2012 ::

Saturday, March 10, 2012

Merindui Tanah Serendah Sekebun Bunga..

Posted by ::Siti Nur Adibah~10:: at 12:57 AM
Reactions: 
1 comments Links to this post

Bismillah..
andai mampu utk daku bicara..
ingin sekaliku katakan..
 hati ini merindui tanah serendah sekebun bunga..
merindui kebun sekolah chinta.. 
merindui geng bulatan chinta..
merindui markaz taman tarbiyah..
moga-moga bait-bait puisi ini menjadi pengubat..

..............

Negeri Kelantan, Seindah Namamu,
Tanah Serendah Sekebun Bunga,Negeri Tadahan Wahyu
Cik Siti Wan Kembang,Cukup Indah Namamu,Seindah Negerimu
Duhai Wajahmu Yang Indah ,Persis Jeddah, Yg Pernah Kulewati,
Taat Menjunjung Al-Quran,Teguh Menggalas Syariat,Yang Tidak Pernah Goyah,
Tersentuh Hati Kudusku,Lantaran Aku Disini,Biartidak Pernah Kuduga,
Bertemu Dengan Seorang Ulama’ ,Yang Dicintai Rakyatnya,
Lalu Kuntum Rindu Yg Lama Tersimpan,
Terubat Jua Akhirnya,Biar Sekelumit Cinta,
Beruntung Rakyatnya, Menumpah Teduh Seorang Ulama’,
Yg Lembut Tp Tegas Beribadat, Yg Pengasih Namun Xgoyah Pd Percikan Kealpaan Dunia,
Pasti Aku Merinduimu Lagi,Entah Kapan Bisa Diubati,
Cuma Setipis Doa Bisa Kutitip Buatmu,
Memacu Membangun Islam Bersama.

[ Oki Setiana Dewi,Bicara Selebriti 9 March 2012]

 Allahurabbi..hebatnya 2 orang insan ini!
terkesima dgn bait-bait ucapannya!..
moga terus istiqomah~

Friday, January 27, 2012

Solat Sunat Nikah~

Posted by ::Siti Nur Adibah~10:: at 10:31 PM
Reactions: 
0 comments Links to this post

Digamit Nostalgia.
Bismillah wa alhamdulillah. Ingin sekali daku dedikasi entry ini buat sahabat-sahabat seperjungan di SMKA Melor Batch (2002-2006). Jika dikenang-kenang kembali, tahun 2012 genap sudah 6 tahun kami membawa haluan sendiri. Selepas tammat SPM dulu, hanya dapat bersua muka dan bertegur sapa sewaktu mengambil result SPM. Ya! di Dewan Al- Ghazali itu menjadi saksi. Tangisan kegembiraan dan kesedihan. Sesekali, ada juga menjenguk dan menjejakkan kaki ke sekolah. Selepas itu, sama-sama menyepi meneruskan perjuangan dalam lapangan masing-masing.  Tatkala orang lain memilih untuk ke matrikulasi, IPG dan Universiti, aku hanya memilih untuk stay di tingkatan 6 sahaja. Dan SMKA Falahiah menjadi pilihan. Sememangnya aku masih sayang untuk meninggalkan bidang agama pada waktu itu. Ya! Allah memberi apa yang kita perlu. Bukan apa yang kita mahu. Dan semestinya, tatkala cuti semesta mahupun cuti hari raya, bertubi-tubi sms yang akan masuk melalui inbox. Antaranya:

"Jom keluar. Reunion Batch 06 akan diadakan di KB Mall...."

"Reunion akan diadakan di KB..."

"Jom g beraya rumah Dayah..ada wt makan cket.."

"Saem2..mai g umah Dyu, ada jamuan cket.."

Alhamdulillah, ukhuwah kami masih lagi utuh. Masih lagi berkesempatan untuk keluar jumpa sahabat lama. Cuma yang menjadi kebiasaan, reunion kami tidak bercampur antara Muslimin dan Muslimat..opss..Lelaki dan perempuan. Walaupun, sekolah kami dahulu adalah bercampur. Dan ada kisahnya mengapa sedemikian~ Semacam ada gap yang memisahkan kami. Seingatnya, dulu waktu hampir tammat persekolahan, kami kebanyakan menetap di asrama. Masa ni la timbul gejala berpuak-puak sikit (assobiyah org kata). Masa nk exam laa macam-macam ragam boleh tengok. Ada yang couple, ada yg dating, ada yg skodeng (mengintai). Dan geng kami semestinya geng anti couple (pada masa tu la). Namun begitu, masih lagi ade beberapa sahabat lama lelaki (muslimin) yang masih lagi bertandang ke rumah tatkala diadakan majlis rumah terbuka Hari Raya Haji/ Puasa. Ukhuwah kami masih lagi seperti di alam persekolahan dulu. Jemput sorang, kompem yang lain pun turut datang.

Jemputan Kenduri Kesyukuran.
Saat dalam kesibukan menyiapkan assignment dan menghabiskan sisa-sisa minggu akhir sem 3, dikejutkan dengan satu Invite melalui FB. Jemputan ke Majlis Kesyukuran Khairunnisa dan Mohd Hakimi. Mak oi, terperanjat kot! Teman sebelah katil masa kt dorm 1C (Aisyah) dan juga teman satu kelas kt 5 Ibnu Taimiyyah. Teman giler-giler sekali. Tapi Nisa' thiqah kot dari aku. Kami wat usrah pada adik-adik ting 2 sekali, berangan sekali. Masih lagi terbayang waktu dulu-dulu. Aku selalu jugak bercerita dengan Nisa'. 

Soalan kebiasaan antara kami : 

"antara sep kito, agak-agak la sapo eh akan kawin dulu???...
...pastu, gano eh sep kito 10 tahun lagi??..mesti nati wt reunion pakat bawa anak blako.

Lawak la pulak lau diingatkan balik. Tapi itu memang realiti. Persoalan yang pernah ditanya dan tidak pernah ada jawapan. Dan kini, persoalan itu telah dijawab. Ape pun Alhamdulillah, tumpang gembira buat kalian. Mabruk!...barakallahulakumawabarakaalaik. Semestinya ada sesetengah dari sahabat-sahabat lamaku masih terbayang-bayang lagi saat bait-bait Lafaz Sakinah. Tanggal 23hb Jan 2012, hampir menitis juga menitis mutiara jernihku....Siyes xterbayang macam mana kehidupan selepas kahwin.

maka dengan ini, aku nikahkan dikau dengan anakku Khairunnisa binti Rahim dengan mas kahwin sebanyak 7 Dinar..."

Dan yang sempat aku dengar perkataan SAH..Alhamdulillah.

Lafaz Sakinah.
Mungkin ini kali pertama aku betul-betul mengerti dan menghayati apa itu erti akad nikah yang sebenar. Dulu pernah belajar bab MUNAKAHAT waktu di form 6. Best belajar bab ni.:-) Ya! Nikah hanya sekali. Seolah -olah aku yang berada di tempat Nisa' waktu tu. Dan saat itu, Nisa' hanya rilek dan cool je. Kami yang terlebih excited. Ada juga kawan baik aku yang ingat saat ijab tadi itu adalah percubaan sahaja. Gelak sakan jugak waktu tu.

Dan seperti kebiasaan, selepas akad akan dilakukan solat Sunat Nikah. Dalam hati, agak-agak Nisa' smayang sekali tak?.. Tertanya-tanya jugak. Selepas itu, ada suara sahabat aku yang bertanya.. "Orang Perempuan kena semayang sunat nikah jugak ke?....

Solat Sunat Nikah.
Niat solat sunat selepas berkahwin ialah:
“Usolli sunnata badan nikahi rakataini lillahi taala”.
Maksudnya: Sahaja aku solat sunat selepas nikah dua rakaat kerana Allah Taala.
Rakaat pertama membaca surah al-Fatihah dan surah al-Kafiruun.
Rakaat kedua membaca surah al-Fatihah dan surah Al-Ikhlas.

Di antara dalil solat sunat selepas bernikah ialah:
Di dalam sebuah hadis Abu Said yang agak panjang, beliau menyebutkan bahawa para sahabat lain mengajarnya:
“Jika isterimu nanti datang menemuimu, hendaklah kalian berdua solat dua rakaat. Lalu mintalah kepada Allah kebaikan isterimu itu dan mintalah perlindungan kepadaNya daripada keburukannya. Selanjutnya terserah kamu berdua.” (Riwayat Ibnu Abi Syaibah)
Sebuah hadis daripada Abu Waail. Dia berkata:
Seseorang datang kepada Abdullah bin Masud RA lalu berkata: Aku menikah dengan seorang gadis tetapi aku takut dia membenciku. Abdullah bin Masud berkata:
“Sesungguhnya cinta berasal dari Allah Taala sedangkan kebencian itu berasal dari syaitan untuk membenci apa-apa yang dihalalkan oleh Allah Taala. Jika isterimu datang kepadamu maka perintahkanlah untuk melaksanakan solat dua rakaat di belakangmu.” (Riwayat Abd Razak)
Namun sebahagian orang menyatakan solat sunat ini tidak ada asasnya di dalam Islam kerana hadis-hadis yang dikemukan ini tidak kuat.
Tetapi Syeikh al-Albani juga mengatakan hadis ini mempunyai sanad yang baik dan mempunyai sandaran yang jelas dengan perbuatan generasi Salaf al-Soleh.
Wallahualam- Ustaz Rashidi Haji Wahab
 
sama cantik, sama padan
~KHAIRUNNISA & HAKIMI~
semua nak amik berkat dengan Nisa' :-)
semoga kalian bahagia hingga syurga ya! Allahumma Ameen~
who's next???

Friday, January 13, 2012

Tukar Ucapan Harian Kita Kepada Ucapan Berpahala

Posted by ::Siti Nur Adibah~10:: at 8:14 PM
Reactions: 
2 comments Links to this post

Salam  sayyidulayyam..penghulu segala hari..
moga kita tidak leka dari mensyukuri nikmat yg diberi..
subhanallah..alhamdulillah..allahuakbar

terima kasih!
secara xsedar..anda sudah mengungkapkan ucapan zikir..
.
.
.
.
.
tertarik untuk berkongsi..
ayuh biasakan yang betul..betulkan yg biasa..

Bagaimana ucapan salam yang sebenar-benarnya disyariatkan?

Jawapan kepada persoalan ini boleh dirujuk kepada sebuah riwayat lain yang menyatakan:

“Bahawa sudah bertandang seorang lelaki kepada Rasulullah seraya mengucapkan Assalamualaikum. Nabi bersabda “Sepuluh kebaikan”.

Kemudian datang yang lain pula sambil mengucapkan “Assalamualaikum warahmatullah”. Nabi bersabda “Dua puluh kebaikan”.

Kemudian datang yang lain lagi dan mengucapkan “Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh”. Baginda Nabi bersabda “Tiga puluh”. (Hadis riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)

pesan pada diri: betulkan yg biasa..biasakan yg betul..pahala free kowt.mudah kan??..let practise!

Monday, December 26, 2011

buah tangan akhir sem^^

Posted by ::Siti Nur Adibah~10:: at 12:03 AM
Reactions: 
6 comments Links to this post
 Bismillahirrahmanirrahim..
Salamun'alaik..
Alhamdulillah..syukur, kerana masih diberi nikmat Iman dan Islam..
jua diberi kesempatan mengupdate blog..
sudah sekian lama menyepi..
ya!..byk kekangan deh..hehe

alhamdulillah..terima kasih xterhingga kpd sahabat-sahabat
sekuliah..kalian telah byk membantu sy sem ni..
tepat tarikh 23. 12. 2011..
maka tammatlah sesi pembelajan sy sem ni..
wlpn...
hakikatnya~~penim aihh..
sy banyak tension sem neh..hidup xterurus..h0ho

terima kasih wt kalian semua..sy sayang kamu kerana ALLAH
terutama aimi, adda, sha, nabilah, hidayah, a.iswandi, fini, irwan, din, shahir,wang jing dll..
terima kasih semua..
semoga kalian xserik bersama sy lagi^^

alhamdulillah..alhamdulillah..
terima kasih juga buat semua pensyarah sy sem ni..
wt cik wan azreena, dr suzana, dr sharazad, dr rozmi, dr sara waheeda,
cik asmuni, cik rabiah, dr rozainee, pn maznah, prof kamal dll..
di sini sy nk dedikasikan sebuah karya kami..

ni salah satu dri hasil tangan sy n rakan2..
xtido mlm kowtt..huu
video ni bgi memenuhi tugasan Psikologi Positive..
sy gelak guling2 nengok ni balik..hihi
layan~~~zass

SELAMAT STUDY WEEK SEMUA~~
esok sy balik klate..nk pohon restu UMMI wa ABAH..lalala
engat ya!
D. U. I. T

DOA
USAHA
IKHTIAR
TAWAKKAL

caiyyok adibah!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
✿EpiLoG✿SeoRaNg✿MujaHiDaH✿ Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ways To Make Money Online | Surviving Infidelity by Blogger Templates