Sunday, March 27, 2011

Parasit Hati?? Hati-Hati..

Posted by ::Siti Nur Adibah~10:: at 2:00 AM 0 comments

Awas, parasit yang seperti itu sentiasa ada. Kenali dia dan menghindarlah jauh-jauh tanpa bermusuh. Jangan buka ruang dan peluang untuk dia mencelarukan hidup mu.
Jangan biar dia mengelirukan pertimbangan mu. Dia itu pandai berkata dan licik bercerita. Cerita yang memikat. Kata yang mengikat. Dia seolah-olah sahabat terapat... tetapi rencananya busuk sekali. Dalam diam dia bijak melaksanakan dendam. 
Bagaikan api di dalam sekam!
Mungkin kita tidak pernah menjangka orang yang begini wujud. Jika anda lurus, tulus tetapi tidak berhati-hati... anda akan serahkan segala-galanya kepada dia. Kepercayaan, kesetiaan dan harapan, anda pertaruhkan kepadanya. Dia itu bijak menghulur, tetapi tiba-tiba dia akan menyentak dan anda akan tersentak.
Dia kah itu? Mungkin dia berwajah jernih, murah senyuman dan pandai menabur simpati. Lalu anda akan terkesima dalam terpedaya. Sudah nyata tetapi seakan masih tidak percaya. Dia kah itu?
Beringat-ingat, ketika dia bercerita tentang orang lain, satu ketika orang lain pula akan mendengar cerita mu. Dia bijak mengatur bidak, menjolok yang sana untuk menjatuhkan yang sini. Atau menyanjung yang sini untuk memancung yang sana.
Di mana pun dia mudah mendapat kawan, kerana simpati, empati dan kata-katanya sangat menawan. Terlalu lama masa untuk mengenal warna dia yang sebenar. Hanya bila anda mula menjarak, barulah rupanya yang sebenar terserlah.
Jangan takut dan rugi untuk menjauhinya. Dia hakikatnya "parasit" pada hati mu dan diri mu. Dia akan sentiasa memperalatkan dan punya dua wajah yang boleh diterima oleh dua atau tiga pihak yang saling bertelagah.
Jika permusuhan orang lain menguntungkannya, dia menjadi batu api. Jika perdamaian orang lain memberi manfaat, dia akan kelihatan sebagai juru damai yang begitu cinta keamanan. Tetapi hakikatnya bukan orang lain yang menjadi sasaran kebaikan, tetapi dirinyalah jua yang meraih keuntungan.

Ya, sekali lagi... pandanglah dulu onar diri mu. Parasit hati itu tidak akan mampu merosakkan mu jika kau sentiasa:

1. Solat berjemaah.

2. Sentiasa berzikir.
3. Berdamping dengan Al Quran.
4. Melazimi taubat dan berselawat.
5. Sering bersedekah.

Itulah perisai hati yang akan melemahkan parasit hati!

Beramal dan Bermaksiat.Apa bezanya???

Posted by ::Siti Nur Adibah~10:: at 1:53 AM 0 comments

Pernah dengar mengenai teori "classical conditioning" di mana-mana?

Sama ada melalui buku-buku, majalah ataupun di internet?

"Classical conditioning" merupakan keadaan pemesongan minda yang mengarahkan anggota badan kita bertindak mengikut corak tertentu dengan didedahkan kepada stimulus tertentu.
Kajian asal mengenai "classical conditioning" telah didemonstrasikan oleh seorang saintis psikologi Russia, Ivan Pavlov pada tahun 1927. Ivan Pavlov menggunakan seekor anjing sebagai bahan ujikajinya untuk melihat respon anjing tersebut terhadap dua stimulus dalam dua keadaan yang berbeza:
*stimulus pertama – stimulus asal bersifat kekal
*stimulus kedua – stimulus tambahan, disertakan dengan stimulus pertama
Langkah pertama:
Anjing tersebut pada asalnya menunjukkan reaksi normal dengan menjelirkan lidah setelah diletakkan seketul tulang kegemarannya.
Langkah kedua:
Anjing tersebut didedahkan dengan "tuning fork" yang dibunyikan dengan nyaring. Tiada reaksi.
Langkah ketiga:
Tulang kegemarannya diletakkan di hadapan dan dalam masa yang sama, "tuning fork" turut dibunyikan dengan nyaring. Reaksi asal; anjing tersebut menjelirkan lidah terjadi.
Langkah keempat:
Tulang kegemaran dialihkan, "tuning fork" dibunyikan sekali lagi. Anjing berkenaan menjelirkan lidah.

Dapat disimpulkan bahawa anjing itu sendiri telah keliru dengan yang manakah respon yang sepatutnya diberikan seperti sebelum eksperimen tersebut dijalankan.

Kita manusia, mahukah jadi seperti anjing tersebut?
Kita sendiri jadi keliru, mana yang betul, mana yang salah, mana yang halal, mana yang haram.
Apa yang menyebabkan minda kita terpesong dalam beramal? Sekejap beramal, sekejap buat maksiat. Mungkinkah teori "classical conditioning" kerap berlaku dalam diri kita setiap hari?

Kita tengok ada yang bergaul bebas, perkara biasa.
Kita tengok ada yang yang tak tutup aurat, perkara biasa.
Kita tengok ada yang pandang ringan solat, pun perkara biasa.
Biasalah, dunia zaman sekarang.

Lama kelamaan, perkara biasa itulah yang terbiasa dengan kita. Semuanya terasimilasi dengan hidup kita. Orang lain buat, kita duduk sama, kita tengok saja, duduk diam dan buat-buat buta. Apa bezanya keadaan ini dengan stimulus kedua?
Alih-alih, jadilah kita seperti anjing eksperimen di atas.
Beramal dan bermaksiat nampak sama saja.
Moga menjadi peringatan untuk semua dan diri ini yang sentiasa alpa...InsyaAllah!~

sekadar gambar hiasan..hehe

Bukan Terlupa..Tapi Pura-pura Lupa..

Posted by ::Siti Nur Adibah~10:: at 1:47 AM 0 comments

Apabila kita melihat manusia pada zaman kini, sudah banyak yang lari dari landasan yang benar. Ramai yang mula mengambil jalan singkat ke neraka sedangkan bilangan yang mengambil jalan yang diredhai oleh Allah SWT amatlah sedikit jika dibandingkan dengan mereka yang mengambil jalan singkat ke neraka ini.

Wahai kawan sekalian sedarkah anda, 

Maksiat yang berleluasa di sana-sini, 
Batas pergaulan pula tidak dijaga, 
Pegangan agama entah ke mana?

Begitulah ibaratnya mereka yang bergelar Islam hanya pada namanya yang indah tertulis ‘Binti’ dan ‘Bin’ namun perangainya tidak seindah itu. Inilah hakikatnya yang pahit. Sekiranya kita pergi ke mana-mana pusat membeli-belah, sudah tentu kita akan melihat si pembuat dosa ini bermaharajalela.

Ada yang tudungnya terbang, 

Ada yang berpegang-pegangan, 
Ada yang dirinya ditayang-tayang, 
Sedihnya apabila agama tidak dipegang.

Kaum hawa terutamanya, sudah kian hilang rasa malunya. Tegar mendedahkan aurat di sana-sini. Seolah-olah perkara tersebut adalah perkara yang diredhai Allah. Apabila ditanyakan kepada mereka, "Bilakah akan terbuka hatimu untuk bertudung?". Pasti kebanyakan mereka akan menjawab seperti ini:
    • "Alaa...esok lusalah saya insaf!"
    • "Tudung itu harus dipakai dengan ikhlas,mana boleh paksa-paksa? Belum dapat petunjuk lagi, insyaAllah suatu hari nantilah."
    • "Suka hati akulah bila aku nak pakai tudung. Orang yang pakai tudung lagi teruk perangainya daripada aku, jangan sibuk nak tegur akulah."
    • "Kau jangan nak lecture aku. Aku tahulah apa yang betul atau tak!"
    Itulah kebanyakan jawapan dan alasan yang kita dengar daripada anak-anak gadis kita sekarang. Mari kita kaji pula tafsiran Surah An-Nur ayat ke-31.

    Katakanlah kepada wanita yang beriman:Hendaklah mereka menahan pandangannya,dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya,kecuali yang (biasa) nampak daripadanya.Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya,kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka,atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka,atau putra-putra suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita.Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. [Surah An-Nur: 31]

    Saat Berpisah..

    Posted by ::Siti Nur Adibah~10:: at 1:43 AM 0 comments

    Sebaik-baik penasihat ialah kematian. Namun, mana mungkin orang yang pernah mati datang kepada kita untuk menasihatkan? Mengingatkan mati, menakutkan. Manusia akan takut pada apa yang tidak diketahuinya.
    Semuanya masih misteri. Hanya tinggal al-Quran dan al-Hadis untuk kita rujuk bagi mengetahui tentang kematian. Namun berapa kerat antara kita yang berbuat demikian. Cerita tentang kematian akan mematikan rasa kemanisan menikmati hidup ini. Dan akibatnya, mati terus mati dalam hidup kita!
    Jika seseorang mengingati mati, akan mudah hatinya dilentur kepada makrufat dan makrifat. Jika mengingati kematian jiwa akan jeran dan bosan dengan maksiat dan sayyiat (perkara yang buruk). Jika mati itu hidup di dalam hati kita, kita akan mudah memberi dan meminta maaf. Kita akan mudah bersabar dan bertenang dengan karenah insan. Nikmat dosa akan sirna dengan mengingati mati. Azab taat akan kecil bila teringat saat kembali.
    Ketika hatimu jemu dengan ketaatan, mula tergiur dengan kemaksiatan, kenang-kenangkanlah SAAT BERPISAH.
    Saat perpisahan itu pasti tiba. Dan tidak ada masa yang sesuai untuk saat itu. Kita datang tidak diminta, kita pulang tidak diduga. Bila sanggup hidup, mesti sanggup mati. Bila sanggup datang, mesti sanggup pulang. Kita hanya menghabisi bilah-bilah hari yang telah ditentukan. Tujuan ke sini untuk diuji, tiba masanya pasti kembali!

    Friday, March 25, 2011

    Bukan Pilihan, Bahkan Tuntutan!~

    Posted by ::Siti Nur Adibah~10:: at 2:02 PM 0 comments

    Buat yang begelar da'ie
    Ketahuilah bahawa..
    Bahtera dakwah ini sentiasa sarat dengan insan-insan 
    yang rela menumpahkan darah dan air mata,
    Bahtera dakwah ini sentiasa menjadi idaman mereka yang rindukan syahid di jalanNya,
    Hakikatnya bahtera dakwah ini akan terus belayar walaupun tanpa kita,
    Hakikatnya kitalah yang bertuah sekiranya memilih untuk menaikinya,
    Mungkin saja kita terasa penat menghadapi perjuangan yang penuh derita,
    Mungkin saja kita terasa seakan ingin 'turun' dan berlabuh di mana-mana,
    Namun ketahuilah bahawa bahtera inilah bukti iman kita,
    Bahtera ini adalah tanda kepatuhan kepada Pencipta,
    Kerana hakikatnya dakwah ini bukan pilihan, 
    bahkan tuntutan!~

    Tuesday, March 22, 2011

    Kembalilah Wahai Semangatku!~

    Posted by ::Siti Nur Adibah~10:: at 2:04 PM 0 comments

    Allhamdulillah..selamat juga m'buat presentation pgi ni..
    tidur kul 3.30 pagi kowt smalam..
    subjek motivasi n emosi punyer pasal...
    tp....ader aku kisahhh??hahaa
    Hurm....
    tiada kata-kata yang mampu diungkap..
    oh, kembalilah wahai semangatkuuu...
    down!~
     mengapakah???

    tribute wt kawan2 yg sama2 telah bertumas 
    menyiapkan slide n drama tuu..hihi
    fini, shahidA n catherine..thanx a lot gurlz!~

    usai present..
    alhamdulillah..pujian yg +ve kami terima..
    thanx wt pn fatimah wati..
    lecture yg byk memberi n membina motivasi kuuu..

    dlm bergembira..
    tp...langit xselalunya cerah kan..kan..h0ho
    tahniah buat teman2 yg dpt skor tertinggi mid term..25% kot..
    hurm..so jeles..
    sungguh motivasi ak d0wn tiba2..
    subjek yg ak paling skor kowt sem ni..
    tp....
    hanya itu aje yg ak dpt.. 
    d0wn!~Alhamdulillah..harus syukur^^ 
    mgkin kaffarah n ibrah buat diri..
    teruskan usaha!! don't give up siti nur adibah!~
    ade 50% lagi utk final tau..heh!
    ~INNA MAAL USRI YUSRA..^^~

    Monday, March 21, 2011

    Just Want To Say..

    Posted by ::Siti Nur Adibah~10:: at 2:14 AM 0 comments

    Just want to say..
    Kembalikan hati saya..^^,
    boleh kan..kan..kan

    cintaku kepada dia.. 
    rinduku hanya padanya..
    kasihku tulus buatnya..
    setiaku balas kasihnya..
     kasihku kasih yang setia..
    pada yg punya..

    dambaku pada yg esa..
    ujian hanya buatnya..
    akur ku kebesarannya..
    teragung maha sucinya..
     taatku hamba yg hina..
    pada pencipta..
    andainya dapatku menulis 
    ~Nota-nota Cinta buat dirinya!~

    Sunday, March 20, 2011

    Doa seorang Kekasih..

    Posted by ::Siti Nur Adibah~10:: at 9:05 PM 0 comments

    DOA' SEORANG KEKASIH..
    suka sangat dgn lagu ni ^^,..

    Oh tuhan seandainya telah kau catatkan
    dia milikku..tercipta untuk diriku..
    satukanlah hatinya dengan hatiku..
    titipkanlah kebahagiaan..

    Ya Allah, ku mohon apa yg telah kau takdirkan..
    ku harap..dia adlh yg terbaek buatku..
    kerana kau tahu segala isi hatiku..
    pelihara daku dr kemurkaanmu..

    Ya Tuhanku yg maha pemurah..
    beri kekuatan jua harapan..
    membina diri yg lesu xbermaya..
    semaikan setulus kasih dijiwa..
    ku pasrah kepadamu kurniakanlah aku..
    pasangan yg beriman bisa menemani hati..
    supaya ku dan dia ..
    dpt melayar bahagia..
    kemarau cinta..
    yang engkau redhai..
    Ya Allah..

    oh Tuhan..
    seandai dia milikku..satukanlah..

    Ya Tuhanku yg maha pengasih..
    engkau sahaja pemeliharaku....
    dengarkan rintihan hambamu ini..
    jangan engkau biarkan ku sendiri..
    agarku bisa bahagia walau tanpa bersamanya..
    gantikan lah yg hilang..tumbuhkan yg telah patah..
    ku ingin kau bahagia di dunia dan akhirat..
    pdmu tuhan ku mohon segala..lalalala~~

    Ceritera Hatiku...???

    Posted by ::Siti Nur Adibah~10:: at 9:03 PM 0 comments
    APE KENA DENGAN AKU NI HA...???

    terase nak luahkan perasaan  laaa...huhu
    sungguh..aku xpernah rase mcm ni..
    ceritera hatiku....lalala

    Astaghfirullah hal aziim..
    Ya Allah, sungguh!! setan itu pandai kan..licik..
    dia cucuk jugak hati aku..
    kenape??kenape??kenape??
    yer!meme fitrah kita punyer naluri..
    ingin disayangi n dicintai..
    tp...seriouslyyyy...bukan sekarang..
    hurmmm...sungguh!! kamu telah mencuri hatiku...

    Astagfirullah hal aziim..
    sungguh luhur akhlakmu..perwatakanmu..juga agamamu..
    tertarik kah aku???hahaha..

    Astagfirullah hal aziim..
    tp, bukan ini masanya..
    banyak lagi benda yg aku nk kena fikir n buat..
    tp sungguh!!...aku xbleh nk nafikan naluri itu..

    Astaghfirullah..Astaghfirullah!!!
    dalam kesibukan rutinku pn..
    sempat agi yer..
    Ya ALLah..Ya Rahman..Ya Rahim..kuatkan daku~~
    sungguh..hati ini susah untuk dijaga..
    ampunkan daku..peliharalah daku Ya Rabb~~
    itu semua permainan syaitan!!
    jangan sampai hilang ikhlas kita dengan ALLAH~
    ALLAHU RABBI bimbinglah diriku menuju cintaMU~
    ~AMEEN YA RABB~

    Ya Allah, ku mohon apa yg telah kau takdirkan..
    ku harap..dia adlh yg terbaek buatku..
    kerana kau tahu segala isi hatiku..
    pelihara daku dr kemurkaanmu..

    Ya Allah, ku mohon apa yg telah kau takdirkan..
    ku harap..dia adlh yg terbaek buatku..
    kerana kau tahu segala isi hatiku..
    pelihara daku dr kemurkaanmu..

    Saturday, March 19, 2011

    Tsunami di Jepun..Dimana Sensitif Kita??

    Posted by ::Siti Nur Adibah~10:: at 2:08 PM 0 comments
    Bismillah..

    11 Mac 2011 lalu, seluruh penduduk dunia gempar. Jepun dilanda gempa kuat, berkekuatan 8.9 pada skala Richter.Gegaran dikesan pada kedalaman 10 kilometer dan 125 kilometer di timur Jepun atau kira-kira 380 kilometer ke timur laut Tokyo. Bandar Onahama di utara Jepun kemudian turut dibadai ombak tsunami setinggi enam meter.

         Selepas itu diikuti dengan letupan reaktor pertama di nuclear power plant pertama di fukushima pada hari sabtu (jepun ade 2 nuclear power plant, di mane setiap power plant ade 6 unit reaktor) dan pada hari ini, baru sahaja tadi jam 11 jepun, reaktor ketiga pada nuclear power plant yang sama telah meletup. di kedua-dua letupan, radioaktif tersebar ke udara dan ianya merisaukan semua orang di sini walaupun kadar radioaktif yang tersebar tidak membunuh. sehingga kini, dalam 160 orang dianggarkan telah terkena kesan radioaktif tersebut.
         Apa yang mengejutkan kita, sebuah negara yang sangat terkenal dengan teknologi yang sarat tidak dapat mengesan kehadiran amaran tsunami kali ini. Siapa sangka sebuah negara maju yang memiliki pelbagai jenis teknologi tidak mampu menandingi kuasa Allah. Firman Allah :

    "Dan Dialah yang menciptakan langit dan bumi dengan benar. Dan benarlah perkataan-Nya di waktu Dia mengatakan: "Jadilah, lalu terjadilah", dan di tangan-Nyalah segala kekuasaan di waktu sangkakala ditiup. Dia mengetahui yang ghaib dan yang nampak. Dan Dialah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui"' [ Al An'aam:73]

         Jika satu masa dahulu kita mengambil Jepun sebagai salah satu negara yang mengamalkan sunnah nabi walau tidak beragama namun sekarang jelaslah bahawa betapa pentingnya agama perlu ditekankan dalam sesebuah negara. Penting sekali penghayatan dan pengamalan oleh pemimpin sebuah negara itu sendiri.

          Namun, mengapa kita sibuk-sibuk mahu masuk campur hal negara orang lain? Jagalah kain sendiri. Malanglah yang memikirkan perkara sebegini. Dan saya rasa amat sedih dan kecewa sekali bilamana tragedi ini seolah-olah menjadi satu gurauan sesetengan manusia yang tidak empati dengan jiran kita.
        
         Dan paling mengharukan masih ada golongan yang belum nampak tanda-tanda atau amaran Allah ini, malah menyifatkan gempa bumi dan tsunami yang melanda timur laut Jepun kepada pembangunan pesat dan perubahan iklim dunia. Apakah?

         Bukalah mata wahai seluruh rakyat Malaysia. Tragedi hari jumaat lepas bukanlah tregedi luar sangkaan tetapi itu adalah perkara yang telah Allah aturkan. Di mana kita perlu melihat bahawa kejadian ini dipenuhi dengan pelbagai peringatan. Awas kita sebagai umat Islam atas peringatan Allah yang berbunyi :

    "Apakah penduduk negeri itu merasakan aman dari bala Allah pada waktu malam ketika mereka sedang tidur. Apakah penduduk negeri itu merasa aman dari bala Allah pada waktu pagi sedang mereka bermain atau bekerja. Apakah mereka merasa aman dari azab Allah (jadi mereka boleh hidup berseronok hingga melanggar hukum Allah). Tidaklah yang merasa aman dari azab Allah melainkan orang yang rugi." (Al-A'raaf 98-99)

          Mari kita ambil iktibar atas kekuasaan yang telah ditunjukkan. Percayalah tiada perkara yang amat penting baik kepada pemimpin golongan atasan atau hamba golongan bawah selain takwa kepada-Nya. Jangan khuatir kita mundur dari kemodenan, jangan gusar dengan kejatuhan ekonomi, jangan khuatir dengan prestasi negara yang merudum.

          Hal ini kerana dengan mengambil Islam secara keseluruhannya, sesebuah negara pasti akan gemilang. Ambillah contoh bagaimana Nabi memberi contoh dalam mentadbir sesebuah negara dan bagaimana cemerlangnya sebuah tamadun khulafa Ar-Rasyidin satu masa dahulu. Mereka telah menunjukkan indikator terbaik buat kita semua supaya bisa belajar dan mengambil iktibar daripadanya..^^,

    Wednesday, March 2, 2011

    Baitul MUSLIM????

    Posted by ::Siti Nur Adibah~10:: at 3:55 PM 0 comments

    Perkahwinan Atau Baitul Muslim (BM) merupakan satu urusan besar..

    Saya katakan, ianya URUSAN AMAT BESAR.

    Saya tanya pada kamu, susah tak nak bina individu muslim?

    Susahkan....?

    Apatah lagi sebuah baitul dakwah (rumah dakwah). Ianya bukan sekadar
    sebuah akad nikah. Ianya adalah satu wasilah untuk urusan lebih besar
    dari itu. maka bersedialah dan berfikirlah sewajarnya akan hal ini.
    Berbicara tentang perkara ini amat berbeza sekali fenomenanya
    dikalangan ikhwah dan akhawat sendiri.

    Berbual dengan sahabiah saya sendiri mengenalkan saya akan kepelbagaian
    sikap-sikap ikhwah (rakan-rakan seperjuangan) mahupun saya sendiri
    mengenali banyak kisah-kisah akhawat yang ada.

    Lain orang, lain ragam dan ceritanya.

    Sebelum melangkah, mengambil keputusan dan memasang niat, jadilah
    perjalanan antum menuju anak tangga seterusnya, perjalanan yang
    terbaik sekali dari awal, sehinggalah pengakhirnya.

    Di situ ada barakah, di situ ada kemanisan, di situ ada sebuah cerita
    yang layak diabadikan untuk dijadikan contoh buat anak-anak kita
    nanti. Kisah kita takkan sama dengan kisah ibu bapa kita dahulu.

    Dakwah di zaman ini berbeza. Sikapnya pun berbeza. Maka penjagaannya
    begitu juga.

    Sikap ikwah dalam menjaga ikhtilat (perhubungan lelaki dan perempuan)
    ini berbeza sekali. Ada yang sangat menjaga hingga tak memandang
    perempuan pun (ehem ehem), sehinggalah yang suka memandang akhawat
    untuk mencari calon pasangannya. Ada yang mahu menunggu hingga umur 30
    tahun, mencukupkan keperluan serba serbi barulah nak dibina mahligai
    rumah tangga ini. Ada yang sedari belasan tahun sudah decide untuk
    bertunang demi berumah tangga.

    Begitu juga naluri seorang akhawat berbeza sekali. Ada juga yang dah
    bersedia awal. Ada yang belum lagi. Dan saya nampak indahnya ikhwah
    akhawat ini kerana mereka tak memilih couple sebagai jalan
    penyelesaian dalam menyelamatkan perasaan. Mereka tetap memilih akad
    demi menyelamatkan perasaan mereka.

    Banyak orang banyak kisahnya. Banyak contoh boleh didapati. Ada yang
    memberi contoh terbaik. Ada yang amat menjaga segala proses BMnya
    sehingga semua terkejut saat dia mengumumkan tarikh pernikahannya. Ada
    juga  yang sedikit longgar dalam urusan BMnya. Contact tanpa orang
    tengah dan sebagainya. Antum lihat, dan tanyalah hati antum apa yang
    terbaik mahu antum ikuti.

    Kerana antum akan menjadi contoh pada anak binaan antum dan anak-anak
    antum sendiri. Jika antum  sendiri longgar, maka longgarlah anak
    binaan antum. Begitu juga anak-anak antum. Namun jika kita benar
    menjaga langkah-langkah kita semenjak awal, hingga akhirnya, itu akan
    menjadi contoh pada anak binaan kita.

    Bukan itu sahaja, bagaimana penjagaan hati anda dengan Allah? Takkah
    anda malu cintamu pada Allah telah tercemar? Sebab ada juga yang
    bertunang lama, dan akhirnya membuka ruang untuk diri mereka bercouple
    tanpa disedari, bercinta tanpa sah. Ini adalah suatu virus yang akan
    melemahkan jiwa seorang akhi dan juga ukhti.

    Melamar secara direct

    Ada juga akhwat yang melamar ikhwah secara direct. Walaupun paling
    ramainya adalah ikhwah sendiri. Ada yang secara sms mahupun email.
    Saya tersenyum terkadang menerima berita ini. Dan terkadang saya
    berfikir, takkan naqib ikhwah tersebut ataupun ikhwah lain tak
    memberikan contoh kepada ikhwah tersebut bahawa; sebelum melamar,
    rujuk dahulu naqibah akhawat tersebut.

    Itu lebih gentleman, dan sejahtera untuk hati ikhwah dan akhawat tersebut.

    Akhwat rasa sangat offended bila ikhwah melamar tanpa adanya kehadiran
    orang tengah. Walau beremel, biarlah ada orang tengah. Jika bersms,
    biarlah ada orang tengah mengetahuinya.

    Suka itu penting dalam berbaitul Muslim, walaupun itu bukan satu
    syarat kerana perasaan itu boleh dibina. Ada yang dah berkenalan
    terlebih dahulu, ada mengenali lewat program ataupun emel.

    Namun untuk memilih calon isteri itu, bukanlah memberi ruang untuk
    mata kita meliar mencari siapakah calon isteri kita.

    Kerana kita berkahwin sendiri untuk menjaga hati kita. Agak ironi dan
    pelik, jika sebelum kahwin sendiri kita sudah tidak menjaga hati kita
    dan membenarkan syaitan-syaitan memasuki ruang hati kita.

    Kerana itu, walaupun tidaklah semua cerita Baitul Muslim ini indah,
    namun pada kebanyakannya, jika proses itu dimulakan dengan
    perbincangan bersama nuqaba, outcomenya pasti indah samada positif
    mahupun negatif.

    Kebanyakan akhwat yang merujuk saya apabila ada ikhwah melamar secara
    direct, outcomenya pasti sedikit mengecewakan ikhwah tersebut. Samada
    ditolak bulat-bulat, mahupun akan berlaku masalah di perjalanan.

    Indahnya apabila dakwah menjadi sandaran kita.

    Ada kata-kata dikalangan ikhwah yang mengatakan bahawa, kalau  kahwin
    dengan akhawat ini, confirm settle agama. So, sekarang kita kena
    carilah yang comel dan cantik pula.

    Saya tergelak juga menerima kenyataan ini, sebab memang sisters
    sendiri beranggapan begitu. Ada kata-kata mengatakan:

    ' asalkan ikhwah sudah! tak kisahlah siapa pun dia!!'

    Niat untuk kahwin sesama ikhwah akhawat itu sangat bagus. Dan itulah
    yang lebih utama. Tapi berkahwin ini melibatkan dua pasangan yang ada
    hati dan perasaan . Bukan nak kahwin dengan benda. Di situ ada
    nilai-nilai manusiawi. Manusia ada kelemahan - kelemahannya. Tak semua
    akhwat sama level dalam tarbiyah dan dakwah. Ada yang tak cukup
    muwasafatnya lagi. Ada yang lebih utama untuk dikahwini lebih dahulu
    berbanding lain.

    Jika kamu letakkan dahulu citarasa diri kamu berbanding dakwah, adakah
    kamu ini wajar digelar rijal dakwah? Allah akan beri kamu yang
    terbaik. Jika kamu memilih pasangan kamu kerana Dia.

    Sebab itulah nuqaba perlu disantuni dahulu. Ada yang bermasalah dengan
    nuqaba, maka santunilah orang tengah yang lebih ditsiqahi. Di situ
    orang tengah akan suba sedaya upaya menjaga ego seorang lelaki mahupun
    seganya seorang perempuan dalam proses ini. Pengenalan dalam
    pertunangan berlaku di bwah pandangan mata Allah, bukannya syahwat.
    Dan insyaallah kamu akan dikurniakan orang yang terbaik buatmu.

    Saya tak tahu berapa ramai ikhwah yang baca artikel ini, namun ingin
    saya katakan pada mereka, pinanglah akhawat (rakan perempuan) kerana
    dakwah.

    Jangan kaburinya dengan perasaan suka mahupun cinta pada sebuah
    keindahan wanita. Maknanya terkadang terkaburnya niat kita itu
    menjadikan istikharah kita tak menentu, mahupun kita tergopoh gapah
    dalam bertindak. Bila kita berkahwin kerana Allah, kita akan menjaga
    setiap langkah-langkah kita dalam berBM ini termasuk tempoh
    pertunangan itu sendiri yang banyak mengundang fitnah dalam hati ini.

    Tempoh pengenalan sebelum berkahwin itu penting untuk melihat
    keserasian. Namun berkenalan selepas kahwin itulah terlebih indah
    serta manis. Setiap saat akan ditunggu demi mempelajari sifat baru
    pasangan kita.

    Jagalah gentlemannya anda dengan tidak bertanya direct pada akhwat.
    Jangan malu untuk meminta bantuan orang tengah. Anda akan dihormati
    dan dikagumi oleh mana-mana akhwat pun. Jika mereka menolak, keegoan
    anda tidak terusik dan anda pasti akan dicarikan akhwat lainnya.

    Untuk akhwat, keadaan diri kita berbeza. Satu ekstreme, ramai akhwat
    sudah meniti senja usia, menantikan pinangan ikwah yang mahu
    meminangnya kerana dakwah. Mungkin umur sudah beranjak, muka sendiri
    tak berapa comel. Sangat tangkas pula tu dalam dakwah menyebabkan
    ikhwah sedikit kecut untuk meminang. kita jelas dalam memilih ikhwah
    sebagai pasangan hidup kita kerana kita mahukan ketenangan hati dan
    kestabatan di atas jalan dakwah. Namun bagi ikhwah, keadaan mereka
    berbeza pula.

    Jika ada orang soleh meminangmu, jangan menolak dahulu sebelum
    bersyura dengan orang yang bertanggungjawab ke atasmu (ini jika
    pinangan itu direct padamu). Walaupun cara itu salah dan tidak
    menghormati statusmu sebagai akhawat (rakan perempuan), namun di situ
    ada nilai ukhuwah yang perlu kita santuni pada ikhwah. Ada tarbiyah
    yang perlu kita ajarkan pada ikhwah dengan cara yang mudah dia terima
    tanpa merendahkan egonya.

    Dahulu pernah ikhwah mengatakan akhwat kita ibarat warden penjara.
    Mereka tak tahu kita bertindak sedemikian kerana kita amat menjaga
    hati kita dengan Allah. Kita tahu kelembutan kita mesti mencairkan
    hati para ikhwah. Kerana itu kita tak mahu menjadi bahan fitnah.

    Namun seluruh fikrah ini mengajarkan kita untuk berlemah lembut dengan
    manusia dan juga sentiasa mengajari manusia yang silap dengan cara
    yang terbaik. Maka bersyuralah. itu kuncinya.

    Dan nak tahu something? Jika antunna sendiri berkenan untuk berkahwin
    dengan seorang ikhwah, jangan segan untuk bertanya naqibahmu. Itu
    bukan perigi mencari timba. itu usaha untuk menyelamatkan hatimu. Bila
    adanya orang tengah, takkan terasa segan dan malu. Orang tengah akan
    memainkan peranannya, walaupun prosesnya lambat.

    Tidak semua yang melalui BM ini perfect.

    Sepertimana orang yang kahwin selepas couple pun ada masalahnya, ada
    yang bercerai even. Begitu juga dengan BM. BM ini wasilah untuk kita
    dapat redha Allah, tapi kita pasti diuji. Fasa pengenalan pada awalnya
    sukar bagi dua insan yang langsung tidak pernah bercakap dan
    bertentang mata pun, namun disebalik itu ada kemanisan yang amat sukar
    diungkapkan.

    Ianya amat manis, subhanalllah.

    Tetapkan matlamatmu. Biar jelas. Biar terang.

    Itulah dia kerana dakwah dahulu. Kerana Allah dan rasulNya dahulu.

    Tak semua ikhwah perfect dan tak semua akhwat perfect. Carilah
    kesempurnaan itu betul-betul pada dakwah, baru yang lainnya. Allah
    akan cukupkan keperluanmu akhi wa ukhti, jika kamu memilih Allah
    sebelum yang lainnya insyaallah.

    Jadilah moderate dalam prosesnya

    Alhamdulillah, jika proses BM itu dimudahkan Allah. Berimbanglah.
    Berbincang itu perlu untuk menetapkan perkara-perkara yang penting di
    dalam kehidupan rumah tangga. tapi di situ jangan terlalu
    bermudah-mudahan dan menganggap bahawa tunangan kita itu milik kita
    dan kita boleh menyintai dia sesuka hati kita. Bila Allah sebagai
    sandaran, segalanya kelihatan dan dirasai rasional...^^,

      LinkWithin

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

      ✿EpiLoG✿SeoRaNg✿MujaHiDaH✿ Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ways To Make Money Online | Surviving Infidelity by Blogger Templates