Tuesday, May 31, 2011

~KETIKA CINTA BERUSRAH~

Posted by ::Siti Nur Adibah~10:: at 2:57 AM 0 comments
Merindui detik-detik berusrah bersama adik-adik..
baru je beberapa hari cuti kan..
tapi, saya da mula windu kt korang..huhu
siyess, korang memang best..
wlpun masih belum mengenali korang dalam-dalam..
ramai kot..huk3
faten,aishah,nabilah,nabihah,hajar,shuhada,syuhada,aliaa,
hafizah,amy,najihah,salami n dariyah..
hopefully, kita sama-sama boleh saling top-up-men-top-up..;)
what u give, u get back!~

sori, i copy picture u all kt fb nabilah..hihi~
si kembar nabihah n nabilah~sweet la korang..;p
dua orang kembar yg merisaukan daku dlm banyak perkara..
aper tuu?? hurmm~~

Thursday, May 26, 2011

Usrati fi Qalbu~

Posted by ::Siti Nur Adibah~10:: at 2:07 PM 0 comments
Salamun'alaik..

alhamdulillah..bersyukur kerana masih lagi diberi kesempatan olehnya..
masih lagi diberi kesempatan untuk menghirup udara segar..
alhamdulillah juga di atas semua nikmat-nikmat yang tidak terhitung ini..
hari ini adalah hari last anak-anak usrahku menghadapi fatrah mid year..
dan hari ini juga mereka akan pulang ke rumah untuk bercuti pertengahan sekolah..

dan yang paling penting..
hari ini juga mereka bakal mengikuti tarbiah 1st..
maaf juga kerana tidak berterus terang..
harap adik-adik semua dapat mengutip mutiara ilmu 
sepanjang menghabiskan masa cuti disana..
agak terkilan..
sebab diri ini mengharapkan kesemua anak usrahku dapat mengikuti tarbiah tersebut..

tp...
ape pun,daku kena terima..
yang tapisan itu adalah dari Allah s.w.t..
kita hanya mampu merancang..
tapi,Allah yang menentukan..
dan sesungguhnya Allah itu adalah sebaik-baik perancang..
semoga terus thabat yer adik-adik..insya Allah~
harapanku pada kamu semua adalah tinggi..
kamu semua berpotensi..^^

PESANAN BUAT SI DIA..

Posted by ::Siti Nur Adibah~10:: at 1:50 PM 0 comments
Pesanan buat si dia…

Tolong bagitahu si dia..
aku ada pesanan utk dirinya..

Tolong bagitahu si dia..
cinta agung adalah cintanya..

Tolong bagitahu si dia..
cinta manusia bakal membuatnya alpha..

Tolong bagitahu si dia..
jangan menyintaiku lebih daripada menyintai yg Esa..

Tolong nasihati si dia..
jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..

Tolong bagitahu si dia..
jangan mendoakan ku lebih dari dia mendoai ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia..
dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..

Tolong katakan pada si dia..
dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..

Tolong ingatkan si dia..
aku terpikat kerana imannya bukan rupanya..

Tolong ingatkan si dia..
aku lebih cintakan zuhudnya bukan hartanya..

Tolong bagitahu si dia..
aku kasihinya kerana santunnya..

Tolong tegur si dia bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia bila dia bila dia tenggelam dalam angan-angannya..

Tolong tegur si dia bila dia andai nafsu mengawal fikirannya..
Tolong sedarkan si dia aku milik Yang Maha Esa..

Tolong sedarkan si dia, aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar pada keluarganya..

Tolong sedarkan si dia..
 andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..

Tolong sabarkan si dia..
 bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya..

Tolong pesan padanya..
aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..

Tolong pesan padanya..
 aku tidak mahu menjadi punca kegagalannya..

Tolong pesan padanya..
 aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia..
 aku tidak mahu melekakan dia..

Tolong khabarkan dapa si dia..
 aku mahu dia Berjaya dalam impian dan cita-citanya..

Tolong sampaikan pada si dia..
 aku mendambakan cinta suci yang terjaga..

Tolong sampaikan pada si dia..
cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..

Tolong sampaikan pada si dia..
 hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..

Tolong sampaikan kepada si dia..
 kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri..

monolog seorang muslimah^^

Tuesday, May 24, 2011

Petua mencerahkan kaki dan tangan tanpa pemakaian losyen atau sunblock..

Posted by ::Siti Nur Adibah~10:: at 2:30 AM 0 comments

Petua mencerahkan kaki dan tangan tanpa pemakaian losyen atau sunblock..

Meh cni nak kongsi sikit...
nak tau tak??? hehe..
 antara petua yang boleh kita buat untuk mencerahkan kaki dan tangan kita tanpa menggunakan losyen ataupun sunblock yang harga dia tau-tau je laa kan...
 walaupun kecik tapi mahal kowt..huhu~
Salah satu contoh Sunblock.Harga dia dalam RM25 g2 laa..
 SPF (Sun Protection Factor)  30...
 Tapi kalau SPF 30..rasanya tak tahan lama kalau nak stay@ berjemur lama2 kat bawah matahari..Malaysiakan..summer sokmo...hehe

APAKAH PETUANYA TUE EA??

Petua ni terbukti tau,sebabnya saya pernah tengok dan saya bandingkan antara orang yang tak amalkan dengan yang amalkan,serius berbeza...Yang tak amalkan, muka ja cam cerah tapi kaki dengan tangan lak,hitam wehhh..huu~Tapi berbeza pulak  yang mengamalkan petua ni yang mana,kaki ngan tangan lagi cerah daripada muka dia...hehe..

Ehm...Apa petuanya ea???.........Nak tahu tak?hehehehe................Jawapannya.........................Jeng3..

-

-

-

-

-

-

thanx mr g0ogle~

Pemakaian stokin tangan serta elakkan daripada pakai baju berlengan pendek..Memang sangat melindungi kulit anda..Dan...Tutup aurat...;p
KAKI pulok awopp??
sekadar gambar hiasan jah nim..aurat xtutup molek tuuu~huu
Pemakaian stokin semasa keluar rumah...Bukan sekadar ketika bersukan sahaja tetapi apabila anda keluar ke mana2 terutama apabila memakai sandal. Berdasarkan apa yang sy perhatikan,memang sangat ketara perbezaan pada tona warna kaki kita apabila anda memakai sarung kaki ini..Yang sy perhatikan, kaki orang2 disekelilingku yang memakai stokin nampak lagi elok dari yang tak pakai,apatah lagik apabila pemakaian stokin ni dapat menutup segala cela di kaki seperi kudis buta,kurap atau panau serta parut gigitan nyamuk(lau ader la)...tp xbermakna yg pakai sarung kaki sumer tuu de kurap..haha..adessh~

Nampak???
Bukankah Islam ini memelihara keaiban dan kehormatan kita.Namun perkara ini hanyalah sebahagian daipada hikmah memakai stokin tapi bukanla memberi maksud sebab kenapa kita perlu memakai stokin tu..

Sebagai seorang manusia yang sedang melihat dunia,aku dapati, ramai antara kita yang lalai dalam hal-hal remeh temeh ni..Islam menggariskan sesuatu perkara bukan untuk kepentingan sesiapa tapi untuk kita sendiri...setiap yang berlaku pasti ada sebab dan musababnya..

Jadi,fikir-fikirkan la eaa..^^

~KERANA AURATKU BEGITU BERHARGA~

Saturday, May 21, 2011

DUHAI CALON SUAMI DUNIA AKHIRATKU..~

Posted by ::Siti Nur Adibah~10:: at 2:54 PM 0 comments

*kepada sahabat2 saya...diharap kalian dapat bersabar ye....jangan gadoh2+berebut2...hihi...akan ada 'BELIAU' utk kalian semua...hehe
 ____________________________________________________________
DUHAI CALON SUAMI DUNIA AKHIRATKU..~

Ku titipkan warkah ini buatmu walaupun jauh untukku bertemu denganmu..
wahai dirimu yang sedang dinanti..sabarkanlah aku dalam menempuhi denai-denai penantian dunia..

Duhai calon pemilik tulang rusukku..
Aku akan segera hadir dalam dinginnya malam dengan hangatnya jiwa. Ku tunggu hingga Ijab Kabul terucap dari lisanmu. Aku akan menjaga dalam harumnya semerbak dalam jiwaku, menunggu hingga engkau menahkodai bahtera kita. Akan ku berhijab dengan sempurna dengan tak selalu mengikuti arah arus angin yang berhembus..

Duhai calon imam dalam solatku..
Aku kan selalu hadir dalam cintamu kepada Allah, dengan siap aku akan menghamparkan sajadah sebagai alas sujudmu, dengan hadirku sebagai makmum..Insya Allah akan menyempurnakan solat kita.
Dengan deru doamu seiring 'aamiin' dari lisanku..Dalam hening malam
air mataku ini tak henti ku titiskan bercahayakan munajat doa..

Duhai calon pemilik tangan gagah yang menolongku ketika aku tersungkur dan jatuh..
Lindungi aku dalam perjalanan hidup kita, ketika engkau terluka kan kubalut dengan cinta jiwa yang merona, menyembuhkan segala perih dalam jiwamu..

Duhai calon pengusap air mataku...
Sungguh engkau takkan rela calon bidadarimu ini menangis, usaplah lembut pipi kemerah-merahan ini agar tak menangis, dan kan kuhaluskan telapak kakimu dengan mencucikannya ketika engkau pulang dari berjihad..

Duhai calon ayah dari para mujahid-mujahidah kita...
Aku sebagai madrasah pertama sebagai sumber ilmu dari anak anak kita, kan kutanamkan ilmu agama agar mujahid mujahidah kita takut akan Rabbnya, santun pada kedua orang tuannya, menghormati orang-orang yang lebih tua. Akhlakul karimah yang baik kan kusisipkan dalam prilakunya semenjak kecil.

Duhai calon nahkoda yang kan membawa keluargaku ke syurga…
Mari kita hiasi rumah kita dengan cahaya-cahaya iman…

Aku dalam diam sengaja tak menampakkan diri,
agar engkau benar benar menemukanku dalam cahaya sujudmu..
Aku tak banyak bicara kerana aku takut ketika aku menyapa,
engkau tepesona pada apa yang kuucap..
Aku menunduk malu, tak berani menatap mata binar yang
engkau miliki,
karena aku takut dapat memudarkan imanku..

Temukan aku wahai calon imam dalam sujudku…
Aku menunggu lisan qabul darimu..
Yang menyambut ijab dari waliku..
Insya Allah, sedia menanti di sini..~

berusahalah mengejar cinta Allah..
sebelum mengejar cinta manusia..^^

Thursday, May 19, 2011

Uwais al-Qarni~

Posted by ::Siti Nur Adibah~10:: at 9:45 PM 2 comments

Biar aku tidak dikenali oleh penduduk bumi akan tetapi sangat terkenal pada penduduk langit~UWAIS AL-QARNI~

Ya Allah..
jika diberi pilihan..
ingin sekali aku menjadi seperti Uwais al-Qarni
 walaupun beliau tidak terkenal di penduduk bumi, 
akan tetapi beliau amat terkenal pada penduduk langit..
Subhanallah..
Ya Allah, aku memohon..
harta,rupa dan pagkat hanyalah pinjaman semata..
tiada milik kita..semua milik Allah..
damaikanlah hati ku dengan ketentuanmu..
aku memohon kepadamu..
moga aku diberi kesempatan olehMu..
AMEEN!~
inginku kongsi sebuah sirah..semoga ibrahnya diambil iktibar..

Sebenarnya Nabi dah tahu yang Aisyah itu akan masuk syurga ertinya dosanya telah diampunkan oleh Allah tetapi kenapa Nabi masih menyuruh Aisyah untuk memohon kepada Allah agar diampunkan dosa?. Sedangkan Aisyah memang layak untuk tidak dimasukkan ke dalam neraka, hanya layak ke syurga. Soal dosa dan pahala dia dah tak kisah sangat tapi nabi masih menyuruhnya berdoa supaya Allah ampunkan dosa.

Saya nak kaitkan dengan satu kisah iaitu bila Allah bagi tahu kepada nabi Muhammad s.a.w. iaitu ada insan yang akan lahir dikalangan Tabiin ( maknanya satu kumpulan insan yang tidak sempat berjumpa dengan nabi tetapi hanya sempat berjumpa dengan sahabat nabi sahaja. Kalau orang yang sempat berjumpa dengan nabi, itu dipanggil Sahabat. Kalau orang yang lahir kedunia ini setelah nabi wafat tetapi sempat berjumpa dengan Sahabat ia dipanggil Tabiin).

Nabi berpesan kepada Umar dan Ali, Akan lahir dikalangan Tabiin seorang insan yang doa dia sangat makbul nama dia Uwais al-Qarni dan dia akan lahir dizaman kamu. Kita telah mengenali siapa dia Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali iaitu orang-orang yang telah disenaraikan sebagai al-Mubasyirun bil Jannah iaitu mereka dah dijamin masuk syurga.

Nabi seterusnya berkata kepada Umar dan Ali, Dizaman kamu nanti akan lahir seorang insan yang doa dia sangat makbul. Kamu berdua pergilah cari dia. Dia akan datang dari arah Yaman, dia dbesarkan di Yaman. Dia akan muncul dizaman kamu, carilah dia. Kalau berjumpa dengan dia mintak tolong dia berdoa untuk kamu berdua.

Sama juga macam kisah Siti Aisyah tadi, Umar dan Ali bertanya kepada nabi soalan yang sama iaitu Apakah yang patut saya mintak daripada Uwais al-Qarni, Ya Rasulullah? Nabi menjawab Kamu mintak kepadanya supaya dia berdoa kepada Allah agar Allah ampunkan dosa-dosa kalian.

Banyak peristiwa sahabat yang berjumpa dengan nabi, mintak sesuatu yang baik kepada mereka, nabi menjawab Pohonlah al-Maghfirah daripada Allah swt. Jadi topik al-Maghfirah (keampunan) ini menjadi topik yang begitu dicari yang begitu relevan, hatta kepada orang yang telah disenaraikan sebagai ahli syurga. Kalau logiknya ahli syurga macam dah tak perlu kepada ampun dosa kerana mereka dah dijamin masuk syurga, tetapi tidak, nabi masih tekankan supaya mintak Allah ampunkan dosa.

Siti Aisyah telah bertemu dengan malam Qadar, dia telah berdoa sepanjang malam sampai ke subuh dengan doa yang nabi ajarkan iaitu Allah humma innaka afuu un karimun tuhib bul af wa fa fu anni (maknanya Ya Allah, Kamulah Tuhan yang sangat suka mengampun, ampunkanlah dosa-dosa saya).

Memang benarlah firasat seorang nabi, Uwais al-Qarni telah muncul di zaman Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali. Memang mereka tunggu dan cari kabilah-kabilah yang datang dari Yaman ke Madinah, akhirnya bertemu mereka dengan Uwais al-Qarni.

Dengan pandangan mata luar, tidak mungkin dia orang yang nabi maksudkan. Kerana orang itu pada pandangan insan-insan biasa atau orang-orang yang datang bersama dengannya bersama kabilah menganggapkan dia seorang yang akal tidak sempurna (wire short), sesuatu yang macam tidak betul pada pandangan orang. Tetapi dia ada sesuatu..

Asal usul Uwais al-Qarni
Dia asalnya berpenyakit sopak, badannya putih, putih penyakit yang tidak digemari. Walaupun dia sopak tetapi dia seorang yang soleh, terlalu mengambil berat tentang ibunya yang uzur dan lumpuh. Dia telah begitu tekun untuk mendapatkan keredhaan ibunya. Bapa dia meninggal dunia ketika dia masih kecil lagi. Dia sopak sejak dilahirkan dan ibunya menjaga dia sampai dia dewasa.

Satu hari ibunya memberitahu kepada Uwais bahawa dia ingin sangat untuk pergi mengerjakan haji. Dia menyuruh Uwais supaya mengikhtiarkan dan mengusahakan agar dia dapat dibawa ke Mekah untuk menunaikan haji.

Sebagai seorang yang miskin, Uwais tidak berdaya untuk mencari perbelanjaan untuk ibunya kerana pada zaman itu kebanyakan orang untuk pergi haji dari Yaman ke Mekah mereka menyediakan beberapa ekor unta yang dipasang diatasnya Haudat. Haudat ini seperti rumah kecil yang diletakkan di atas unta untuk melindungi panas matahari dan hujan, selesa dan perbelanjaannya mahal. Uwais tidak mampu untuk menyediakan yang demikian, unta pun dia tidak ada, nak sewa pun tidak mampu.

Ibu Uwais semakin uzur maka ibunya mendesak dan berkata kepada anaknya Anakku mungkin ibu dah tak lama lagi akan bersama dengan kamu, ikhtiarkanlah agar ibu dapat mengerjakan haji.

Uwais mendapat suatu ilham, dia terfikir apa nak dibuat. Dia membeli seekor anak lembu yang baru lahir dan dah habis menyusu. Dia membuat sebuah rumah kecil (pondok) di atas sebuah Tilal iaitu sebuah tanah tinggi (Dia buat rumah untuk lembu itu di atas bukit).

Apa yang dia lakukan, pada petang hari dia dukung anak lembu untuk naik ke atas Tilal. Pagi esoknya dia dukung lembu itu turun dari Tilal untuk diberi makan. Itulah yang dilakukannya setiap hari. Ada ketikanya dia mendukung lembu itu mengelilingi bukit tempat dia beri lembu itu makan.

Perbuatan yang dilakukannya ini menyebabkan orang kata dia ini gila. Memang pelik, buatkan rumah untuk lembu diatas bukit, kemudian setiap hari usung lembu, petang bawa naik, pagi bawa turun bukit.

Tetapi sebenarnya niatnya baik. Kalau lembu kita buat begitu pagi sekali petang sekali daripada lembu yang beratnya 20kg, selepas enam bulan lembu itu sudah menjadi 100kg. Otot-otot (muscle) tangan dan badan Uwais menjadi kuat hinggakan dengan mudah mengangkat lembu seberat 100kg turun dan naik bukit.

Selepas lapan bulan dia buat demikian telah sampai musim haji, rupa-rupanya perbuatannya itu adalah satu persediaan untuk dia membawa ibunya mengerjakan haji. Dia telah memangku ibunya dari Yaman sampai ke Mekkah dengan kedua tangannya. Dibelakangnya dia meletakkan barang-barang keperluan seperti air, roti dan sebagainya. Lembu yang beratnya 100kg boleh didukung dan dipangku inikan pula ibunya yang berat sekitar 50kg. Dia membawa (mendukung dan memangku) ibunya dengan kedua tangannya dari Yaman ke Mekah, mengerjakan Tawaf, Saie dan di Padang Arafah dengan senang sahaja. Dan dia juga memangku ibunya dengan kedua tangannya pulang semula ke Yaman dari Mekah.

Setelah pulang semula ke rumah dia di Yaman, Ibu dia berkata kepada dia  Uwais, apa yang kamu berdoa sepanjang kamu berada di Mekah?. Uwais menjawab Saya berdoa minta supaya Allah mengampunkan semua dosa-dosa ibu. Ibunya bertanya lagi .Bagaiman pula dengan dosa kamu. Uwais menjawab Dengan terampun dosa ibu, ibu akan masuk syurga, cukuplah ibu redha dengan saya maka saya juga masuk syurga.

Ibunya berkata lagi Ibu nak supaya engkau berdoa agar Allah hilangkan sakit putih (sopak) kamu ini. Uwais kata Saya keberkatan untuk berdoa kerana ini Allah yang jadikan. Kalau tidak redha dengan kejadian Allah, macam saya tidak bersyukur dengan Allah taala. Ibunya menambah Kalau nak masuk syurga, kena taat kepada perintah ibu, Ibu perintahkan engkau berdoa.

Akhirnya Uwais tidak ada pilihan melainkan mengangkat tangan dan berdoa. Uwais berdoa seperti yang ibu dia minta supaya Allah sembuhkan putih yang luar biasa (sopak) yang dihidapinya itu. Tetapi kerana dia takut masih ada dosa pada dirinya dia berdoa. Tolonglah Ya Allah kerana ibu aku suruh aku berdoa hilangkan yang putih pada badanku ini melainkan tinggalkan sedikit .Allah swt. sembuhkan serta merta, hilang putih sopak diseluruh badannya kecuali tinggal satu tompok sebesar duit syiling ditengkuknya. (Kalau bagi nabi, baginda ada Khatam Nubuwah iaitu tanda kenabian, tanda pada nabi bersinar) Tanda tompok putih pada Uwais sebab dia mintak agar jangan dibuang kesemuanya, kerana ini (sopak) adalah anugerah, maka nabi sebut kepada Umar dan Ali akan tanda ini. Tandanya kamu nampak dibelakang dia ada satu bulatan putih, bulatan sopak. Kalau berjumpa dengan tanda itu dialah Uwais al-Qarni.

Selepas tidak lama Uwais berdoa yang demikian, ibunya telah meninggal dunia. Dia telah menunaikan kesemua permintaan ibunya. Selepas itu dia telah menjadi orang yang paling tinggi martabatnya disisi Allah. Doa dia cukup makbul hatta penyakit sopak pun boleh sembuh. Mengikut al-Quran, Nabi Isa Alaihisalam yang pernah berdoa untuk kesembuhan penyakit sopak dizamannya.

Berbalik kita kepada point asal, Sayidina Umar dan Sayidina Ali dapat berjumpa dengan Uwais ini minta satu sahaja iaitu minta supaya doakan supaya Allah swt. mengampun semua dosa-dosa mereka.

Ketika Uwais al-Qarni berjumpa Umar dan Ali, dia berkata Aku datang ini dari Yaman ke Madinah kerana aku nak tunaikan wasiat nabi kepada kamu iaitu supaya kamu berdua berjumpa dengan aku. Aku datang ini nak tunaikan wasiat itulah. Maka Uwais pun telah mendoakan untuk mereka berdua.

PESONA CINTA ZULAIKHA~

Posted by ::Siti Nur Adibah~10:: at 9:30 PM 0 comments
Al -kisahh.... kisah Nabi Yusuf & Zulaikhah... 
Semoga kita sama-sama beroleh manfaat. Manfaat untuk bercinta ke? hurmmm…manfaat untuk kita mengenal Sang Pencipta. Allah Yang Maha Adil terhadap hamba-hambanya..Allah Yang Maha Mendengar doa dan rintihan hamba-hambanya….Allah Yang Maha Cantik dengan ciptaan-ciptaannya yang indah…Allah Yang Maha Berkuasa mengubah segala sesuatu dan banyak lagi… 
~MOGA DIRIKU PEROLEH CINTA YUSUF SELEPAS CINTA ALLAH DAN RASUL~

Semasa kecil Nabi Yusuf a.s telah dilemparkan ke dalam sumur tua yang ada di tengah padang pasir oleh saudara2 kandungnya yang mencemburuinya kerana kasih bapa mereka, Nabi Ya’qub kepada Nabi Yusuf a.s yang melebihi mereka. Nabi Yusuf a.s diketemukan dgn musafir lalu Nabi Yusuf a.s dibawa ke Mesir lalu dilelong. Lalu perdana menteri Mesir membelinya dan memelihara Nabi Yusuf a.s seperti anak kandungnya sendiri. Nabi Yusuf a.s membesar menjadi pemuda yang sangat tampan dan berkeperibadian yang sangat menawan. Isteri Perdana Mesir adalah wanita yang cantik menawan rupawan, umurnya masih muda untuk berdamping dgn seorang perdana menteri. Namanya Zulaikhah.. Zulaikhah melihat Nabi Yusuf a.s membesar. Bila Nabi Yusuf a.s telah membesar menjadi seorang lelaki Zulaikhah terpesona dgn ketampanan Nabi Yusuf a.s. Zulaikhah cuba menggoda Nabi Yusuf a.s dagn berbagai2 cara. Namun tidak berhasil.

Hinggalah satu masa, Zulaikhah memanggil Nabi Yusuf a.s ke kamarnya dan Zulaikhah mengunci bilik tersebut. Dia cuba menggoda Nabi Yusuf a.s sekali lagi. Namun orang yang telah terpilih sebagai rasul Allah ini sangat mapan imannya.. Allah telah menjaga hatinya dari gelojak nafsu kebanyakan lelaki iaitu wanita. Nabi Yusuf a.s cuba melarikan diri, tetapi begitu kuat juga Zulaikhah mengejarnya.. Lalu tertariklah Zulaikhah akan baju yang dipakai Nabi Yusuf a.s sehingga terkoyak. Koyakan itu berlaku pada belakang badan Nabi Yusuf a.s. Bila pintu terbuka terkejutlah kedua2nya kerana si perdana menteri telah sedia berdiri di depan pintu. Zulaikhah menuduh Nabi Yusuf cuba menodainya. Nabi Yusuf a.s mempertahankan kebenarannya yang Zulaikhah cuba menggodanya. 

Then,adalah sorang dari kaum kerabat mereka member cadangan. Jika koyakan baju Nabi Yusuf a.s adalah di bahagian depan, yakni dadanya maka Nabi Yusuf a.s yang bersalah, jika koyakan itu di belakang maka Zulaikhah la yang bersalah. Jelaslah siapa yang bersalah. Tapi, oleh sebab perdana menteri itu mahu menutup malu isterinya dia meminta Nabi Yusuf tidak menceritakan hal ini kepada sesiapa. Tapi, dinding itu mampu mendengar inikan pula manusia. Kisah ini tersebar keseluruh pelusuk Mesir. Ramai yang mencemuh Zulaikhah.Untuk membela dirinya, Zulaikhah mengadakan majlis dgn memanggil seluruh kaum wanita di Mesir. Mereka diberi makanan yang lazat2. Di penghujung majlis Zulaikhah menghidangkan pada mereka lagi jamuan lalu disertakan dgn pisau. Semasa mereka memotong buah epal , Zulaikhah meminta Nabi Yusuf a.s untuk keluar menampakkan diri kepada mereka. Pabila Nabi Yusuf a.s keluar, amatlah terpesona kesemua wanita2 yang hadir di majlis itu sehingga mereka melukai jari tangan mereka dgn pisau tanpa sedar. 

Tengoklah.. Ini baru pertama kali mereka melihat Nabi Yusuf a.s sahkan Zulaikhah yang telah lama memandang Nabi Yusuf a.s. Para pegawai kerajaan Mesir akhirnya memasukkan Nabi Yusuf a.s ke dalam penjara tanpa batas batu yang ditetapkan. Langkah ini bertujuan untuk menutup skandal isteri perdana menteri. Selama bertahun2 Nabi Yusuf a.s tinggal di dalam penjara sehinggalah Nabi Yusuf a.s berjaya menafsir mimpi raja Mesir. Raja Mesir memanggil Nabi Yusuf a.s untuk keluar dari penjara namun ditolak Nabi Yusuf a.s. Nabi Yusuf a.s meminta raja Mesir membesrsihkan namanya terlebih dahulu. Raja Mesir menurutinya. N, semuanya berjalan lancar.. 

Nama Nabi Yusuf a.s telah bersih dan diangkat menjadi bendaharawan Negara. Seiring dgn perkembangan zaman, usia Zulaikhah pun dimakan zaman, kini dia menjadi wanita tua dan papa, matanya rabun dan pendengarannta tidak tajam.Tapi cintanya pada Nabi Yusuf a.s tidak pernah padam. Zulaikhah pada awalnya adalah seorang penyembah berhala tatkala dia cuba menggoda Nabi Yusuf a.s. Selepas kejadian itu, dia menghancurkan seluruh berhala2nya. Dia berpindah hati, di tujukan cintanya pada Allah Azza Wa Jalla.. Allah sentiasa mendengar rintihan hati Zulaikhah.
 Zulaikhah berdoa: “Wahai Allahku, kini tiada lagi harta, kedudukan dan kecantikan yang kumiliki. Diriku hidup sebatang kara, tua, hina, dina dan papa. Engkau uji diriku dgn cinta kepada Yusuf a.s. Maka sambungkan cintaku kepada Yusuf a.s. Jikalau Engkau tidak berkenan mewadahi cintaku dgn Yusuf a.s. Maka ambillah cintaku di hati Yusuf a.s, agar aku muarakan segenap cintaku hanya kepada Engkau semata.” 

Para malaikat terharu dan bersimpati dgn Zulaikhah, dan kemudian mereka memohon kepada Allah untuk membantu Zulaikhah. Lalu Allah berkata,”Wahai para malaikat, telah tiba saatnya menolong dirinya.”Tatkala Nabi Yusuf a.s melalui tempat Zulaikhah tinggal, Zulaikhah memanggilnya. Nabi Yusuf a.s bertanyakan Zulaikhah kemana perginya harta kekayaanmu? Kecantikanmu? Zulaikhah menjawab,”Semuanya terkubur oleh cintaku kepadamu wahai Yusuf a.s. ” 

Lalu Nabi Yusuf a.s bertanya lagi,”Apa yang kau inginkan saat ini Zulaikhah?” Zulaikhah menjawab,”Aku inginkan 3 hal. Kecantikan, harta dan jalinan pernikahan.” Nabi Yusuf a.s sangat terkejut mendengar permintaan itu lalu bergegas pergi dari situ.Saat itu, Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Yusuf a.s melalui malaikat Jibril. Wahyu tersebut mengatakan yang Allah telah melamar Zulaikhah untuk Nabi Yusuf a.s. Para malaikat menjadi saksi pertunangan mereka. Nabi Yusuf a.s bertanya kepada malaikat Jibril,”Wahai Jibril, bukankah Zulaikhah sekarang ini tidak cantik lagi? Dia sudah tidak berharta dan tidak muda lagi?” Lalu berkatalah malaikat Jibril,”

Allah berkuasa atas apa yang Dia kehendaki.”Allah kemudian menganugerahkan kepada Zulaikhah kecantikan dan kejelitaan. Dia tampak muda, seperti gadis berusia 17 tahun, bahkan lebih menawan dari Zulaikhah yang pernah cuba menggoda Nabi Yusuf a.s.Selepas pernikahan mereka, Nabi Yusuf a.s benar2 tidak berdaya menahan dirinya. Tiap kali melihat wajah Zulaikhah, Nabi Yusuf a.s akan tergoda dan meminta untuk menghabiskan masanya bersama Zulaikhah. Nabi Yusuf a.s tidak tahan menunggu lama isterinya khusyuk menunaikan solat. Nabi Yusuf a.s benar mengemis dan merayu cinta Zulaikhah. Nabi Yusuf a.s memohon Zulaikhah untuk menunaikan permintaannya, namun Zulaikhah menolak. 

Dia berdiri meninggalkan suaminya untuk melanjutkan solat. Cintanya hanya untuk Allah. Nabi Yusuf a.s mengejar isterinya dan cuba menangkap tubuhnya sehingga baju Zulaikhah terkoyak. Melihat kejadian itu malaikat Jibril turun dari langit dan mendatangi Nabi Yusuf a.s dan berkata: Wahai yusuf baju dgn baju. Kepedihan Zulaikhah terbalas dgn kepedihanmu! Maha suci Allah. Tuhan Pengubah situasi. Baju dgn baju.Begitulah kisahnya…sungguh, Allah Maha Penyayang… 

sumber : website azzariyat.com

Teka-teki imam al-ghazali..

Posted by ::Siti Nur Adibah~10:: at 5:33 PM 0 comments
Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (teka-teki);

Imam Ghazali = “Apakah yang paling dekat dengan kita di dunia ini?”

Murid 1 = “Orang tua”
Murid 2 = “Guru”
Murid 3 = “Teman”
Murid 4 = “Kaum kerabat””

Imam Ghazali = “semua jawapan itu benar, tetapi yang paling dekat dengan kta ialah MATI. Sebab itu janji Allah S.W.T bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati” (Surah Ali-Imran :185)

Imam Ghazali = “Apakah yang paling jauh dari kita di dunia ini?”

Murid 1 = “China”
Murid 2 = “Bulan”
Murid 3 = “Bintang”
Murid 4 = “Matahari”

Imam Ghazali = “semua jawapan itu benar, tetapi yang paling benar adalah MASA LALU.

Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari2 yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama”

Imam Ghazali = “Apakah yang paling besar didunia ini?”

Murid 1 = “Gunung”
Murid 2 = “Matahari”
Murid 3 = “Bumi”

Imam Ghazali = “semua jawapan itu benar, tetapi yang paling besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al-A’raf:179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka”

Imam Ghazali = “Apakah yang paling berat didunia?”

Murid 1 = “Baja”
Murid 2 = “Besi”
Murid 3 = “Gajah”

Imam Ghazali = “semua jawapan itu benar, tetapi yang paling berat sekali adalah MEMEGANG AMANAH (Surah al-Azab:72. Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah S.W.T meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini.

Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah S.W.T sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah”

Imam Ghazali = “Apakah yang paling ringan di dunia ini?”

Murid 1 = “Kapas”
Murid 2 = “Angin”
Murid 3 = “Debu”
Murid 4 = “Daun-daun”

Imam Ghazali = “semua jawapan itu benar, tetapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat”

Imam Ghazali = “Apakah yang paling tajam sekali di dunia ini?”

Murid-murid dengan serentak menjawab = “Mata pedang!!!”

Imam Ghazali = “semua jawapan itu benar, tetapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri”.

Monday, May 16, 2011

KEmBaLi BerTauT..T.T

Posted by ::Siti Nur Adibah~10:: at 6:06 PM 0 comments
Assalamualaikum w.b.t..
sudah lama tidak menulis ea..
hurm,sebenarnya tiada entry yang menarik untuk dikongsi..

alhamdulillah..siang tadi mendapat panggilan telefon dari seseorang..
ea..seseorang yang saya rindui..
seorang sahabat lama..
yang sama-sama turut berjuang di SMKAM dulu..
bekas pelajar Maahad Muhammadi Perempuan, Merbau, KB..
wlpn hanya mengenali beliau cuma seketika..
namun..tautan ukhuwah masih lagi dapat bertahan..
alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah
atas kurniaan seorang teman..

kecik-kecik dulu tido same2 kt hostel..hehe
tapi sekarang..nik dah jdi isteri orang kan..
hurm..pejam celik..
dah dekat 6 bulan lebih nik kawen ea..

asifni..
diri ini tidak mengetahui pun yang nik dah berbadan dua..
terkejut juga sy tdi bila dikhabarkan..
yang nik  pregnant dah nak masuk 6 bln dah..huhu
gembira nyer..alhamdulillah..
pasni dapat laa sy anak sedara baru..hihi

tapi..diri ini ditanya bila dibah pulak??h0ho
kelakar kowt soalan nyer tuu nik..huu
lambat lagi laa nak tunggu sy gakk..hee

asif juga sbb xdapat attend kenduri nik hari tuu ea..
nik wt kenduri time sy daa buka sem..
daa la on d spot..
tanggal 25 Dis 2010 kan??hehe
xdapat laa nk attend..huhu

ape pom,thanx jugak cz sudi mengkhabarkan berita ae..
seronok dengar cerita-cerita orang yang dah berkeluarga..
dah ader orang yg take care..hehe

hopefully, nik tabah la yer..
cz bukan senang pregnant time duk blajar..
penat nyer..saya pulak yg lebiey2..huu

semoga NIK KHADIJAH bt NIK MOHD YUSOFF sihat-sihat ajer..
dan baby nyer selamat dilahirkan kedunia..Amenn
jaga diri dan kesihatan yer sis..

mode: xsabar nk nengok gambar nik kawen ni..hee~

Saturday, May 7, 2011

Selamat Hari Ibu~

Posted by ::Siti Nur Adibah~10:: at 6:22 PM 0 comments

Hari ini 8th May adalah merupakan HARI IBU..
Selamat Hari Ibu buat UMMI~
tp..seriosly sy sendiri pn xtahu mane asal usul nya hari ibu ni ea..huhu
boleh ke kita agungkan hari ibu ini??
ntah ler..
tp..yg pasti..kurasakan, setiap hari adalah hari ibu..
sepatutnya..hari-hari adalah hari ibu kan..kan..
jgan lah duk mengagung-agungkan budaya barat tuh..
tp kan..saat duk kt umah ni..
xler rase rindu sangat kt UMMI..h0ho~

apepom..ummi banyak berkorban buat kami 11 beradik..
tanpamu tiada aku lahir ke dunia..

duhai apakah gerangan budi balasan..
bagi insan melahirkan, membesarkan..
berjujuran air mata bila mengenangkan..
betapa kah besar budi ibunda berikan..
siang malam,memberikan hingga entah bila
sungguh besar pengorbanan ibunda berikan..

duhai apakah gerangan budi balasan..
bagi insan melahirkan, membesarkan..
tiada bahagia jika tiada doa puja restu..
syurga itu di telapak kaki ibu..

Terima Kasih buat UMMi..
sebenarnya terlupa hari ni adalah hari ibu..;p
bkn aper..
my berukband sudah rosak~~lalala
da xboleh nk detact..
so..jd laa sy seperti katak di bawah tempurung..
tv jarang nengok(alasan)..huuu

nasib baek my bro engat..
dia daa belikan sebiji kek buat UMMi td..
(alaa...my bro baru cuti sem kan..baru balik umah..boleh ler nk touching)hihi..
alasan jerk!!hee..

UMMI..
tiada lain yg ku harapkan..
cuma inginkan kiriman doa' dr seorang UMMi utk keberkatan 
dan kesejahteraan anak-anakmu..
restuilah setiap langkah anakmu ini..
wlpn dalam pengetahuan atau tidak..

*kek ni sekadar hiasan je..kek tuu xpotong pn ag..wink3 *.*

a part of my family..nk fokus pd UMMi je yer!
ni gambar raya taun lepas..daku xder..sakit time ni..huk3~;p

SELAMAT HARI IBU UMMI!!!
~LUV U FOREVER~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

✿EpiLoG✿SeoRaNg✿MujaHiDaH✿ Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ways To Make Money Online | Surviving Infidelity by Blogger Templates