Friday, May 6, 2011

BUAT YANG BERGELAR DAI'E..~

Posted by ::Siti Nur Adibah~10:: at 7:10 AM

Acapkali juga kita melihat dan berkenalan dengan peribadi-peribadi yang sangat tinggi himmahnya pada dakwah. Sehingga luapan semangatnya itu menempias hati kita, menjadikan kita kecut dan mula menyalahkan diri; kenapa diriku tidak sepertinya yang benar2 berapi untuk dakwah? Namun, sesorot itu juga kita melihat diri yang membakar itu menjadi malap dan suram semangatnya. Akhirnya mendiamkan diri dan mula menyendiri. Dan kita mula takut.

Manakah si dia yang dahulu menjadi inspirasi semangat daie yang mulai malap akibat ujian dunia yang melampau ini?

Manakah dia larian seorang daie yang siang dan malamnya terpancar sinar iman di dadanya, akhirnya seolah-olah kecundang dek ombak ujian besar melanda?
Dan hati mula menjadi perit apabila suara-suara luar mula berbunyi:

‘ Ha…itulah. dulu semangat sangat! tengok, skarang dah senyap. Mana pergi orang yang dulu bising2 tu? tengok siapa je yang bertahan sampai sekarang?Kami juga. so tak gunalah nak semangat-semangat sangat time muda ini..’

‘ antum ini, muda lagi, kami ini dah makan garam. Dulu kami ramai macam antum, tapi tgk bila dah kerja, dah kahwin, senyap semua!’
 dan kita sedih memikirkan dan mendengarkan:

kak, camne ni , kakak naqibah saya dah futur! dah lama dia tak join program kak! dah berapa lama kami takde usrah.’
 ataupun pertanyaan yang berbalas jawapan sedih nan pilu:

berapa lama anti last usrah?’
 ’entah, 3 bulan dah kot’
Gulp!

‘Naqibah anti mana?’
‘ entah, mesej tak jawap. telefon tak angkat. tengok2 gambar fb , dah pergi Paris.’
Gulp!

Di saat kita mentajmik dan membina ratusan malah ribuannya kader-kader dakwah untuk membangun sebuah daulah ini, begitu juga kita melihat keciciran para daie , yang dahulunya sangat bersemangat dan sangat berkorbar2 untuk dakwah, namun akhirnya ter’saqut’/tergelincir dari atas jalan dakwah. ( astaghfirullah)
alangkah ruginya dakwah jika bilangan yang pergi itu sama dengan yang lahir!!
sedangkan membina itu teramat sukar! dan meruntuhkan itu sangat mudah!

Berapa banyak masa dan wang telah digunakan untuk melahirkan daie-daie itu, dan harnya teramat mahal sekali!

Dakwah ini nafasnya panjang, dan perjalanannya amat jauh.
 Kerana itu kita mahu membina manusia2 yang berjiwa tangguh, manusia2 yang benar-benar mampu tsabat dan istiqamah.

Manusia yang mampu sampai ke akhir garisan.
Seperti mana baginda rasulullah saw, membina semua sahabatnya, hingga tsabat, hingga mampu meraih kemenangan ataupun syahid di jalan Allah.
Ya, kita mahu kualiti manusia yang mampu bertahan, sehinggalah islam menang, atau dia sendiri mati syahid!

Maka,
di mana salahnya?
apa punca kepada fenomena futur ini?
apa sebabnya kita kehilangan permata2 yang amat berharga di atas dunia ini?
Banyak yang telah kita pelajari. Dan kita sendiri kecut perut dan sering melihat cerminan diri ini.

2 comments on "BUAT YANG BERGELAR DAI'E..~"

wan on May 5, 2011 at 5:54 PM said...

like,,,, =)

::Siti Nur Adibah~10:: on June 6, 2011 at 6:20 AM said...

:)

Post a Comment

2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

✿EpiLoG✿SeoRaNg✿MujaHiDaH✿ Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ways To Make Money Online | Surviving Infidelity by Blogger Templates