Sunday, June 5, 2011

Sekitar Muktamar PAS PUSAT 2011~

Posted by ::Siti Nur Adibah~10:: at 2:24 PM
Bismillah..
memetik ucapan Tema Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat 
 Muktamar PAS PUSAT 2011..

Kejayaan Rasulullah dan para pejuang Islam terdahulu.

Kejayaan Rasulullah membina daulah Islam pertama di Madinah dimana orang-orang Islam adalah golongan minoriti adalah contoh teladan unggul perlu diikuti. Setelah hanya 13 tahun baginda berdakwah di bumi Mekah, dengan diiringi oleh para sahabat dan pendokong-pendokong setia, baginda berhijrah dan menegakkan kerajaan di bumi Madinah dengan sokongan penuh penduduk tempatan.

Apakah resepi kejayaan baginda ini? Resepi utama kejayaan baginda adalah; pertama keimanan serta keyakinan yang teguh,  kedua ketaqwaan serta ta’abbudi yang mutlak terhadap Allah.

Di atas kedua-dua dasar utama inilah lahir kepimpinan Rasulullah berjaya merubah keadaan kejanggalan serta kecurangan masyarakat sekitar. Baginda berjaya merubah kejelekan cara hidup umat serta kerosakan akhlak dan budi mereka kepada satu sistem hidup yang bertamaddun, berdisiplin dan harmoni. Maka terciptalah satu tamadun gemilang yang memberi cahaya kebahagian kepada umat dan dunia seluruhnya.

Keimanan serta keyakinan yang menjiwai dan membajai kepimpinan Rasulullah s.a.w melahirkan ciri-ciri unggul dan unik, iaitu;

-  Tauhidillah iaitu kepimpinan dan perjuangan yang mengembalikan umat ke jalan Allah;

-  Ta’abbud iaitu mengabdi dan memperhambakan diri hanya kerana Allah dalam semua urusan hidup;

-  Amanah iaitu bertanggungjawab di atas segala urusan yang dipikul;

- Taslim dan tawakkal iaitu menyerah diri kepada Allah dalam semua ketatapan tanpa terselit faedah peribadi   atau faedah maddi (kebendaan).

Taqwa serta ta’abbudi pula menjadi intipati kepada kepimpinan yang bermagnet iaitu yang berkesan lagi berpengaruh. Ianya melahirkan dua ciri utama iaitu;  pertama - jihad lillah (perjuangan kerana Allah) dan kedua – akhlaqul karimah (akhlak yang mulia).

Dengan kekuatan iman dan yakin serta taqwa dan ta’abbudi inilah yang menjadi resepi kejayaan gerak kerja baginda di dunia dan akhirat. Ia kemudiannya meresapi pada perjuangan para sahabat baginda serta pada para pejuang Islam seterusnya.

Justeru itu dengan izin Allah Islam dapat didaulatkan menerusi tangan-tangan mereka. Lantas terang dan sejahteralah kehidupan alam dengan nikmat Islam. Maka benarlah firman Allah dalam surah al-Anbiya : ayat 107;

Yang bermaksud;
“ Dan tidaklah Kami (Allah) mengutuskan kamu (wahai Muhammad) melainkan menjadi rahmat bagi sekalian alam.”

"Muslimat tidak boleh lagi menganggap diri mereka hanya sebagai pelengkap kepada golongan lelaki di dalam medan juang, tetapi mereka juga perlu berperanan sebagai tiang seri yang menongkat istana perjuangan.

tangan yang lembut bisa menggoncang dunia..

"Muslimat bukanlah langsir yang menghiasi jendela semata-mata dan ditukar ganti apabila selesai digunakan"...

Sesungguhnya inilah teladan yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah dan para sahabat serta para pejuang terdahulu. Samada kegemilangan Panglima Sallahuddin al-Ayubi yang telah berjaya membebaskan bumi Palestin dan kota Baitul Muqaddis, mahupun Sultan Muhammad al-Fateh yang telah menawan kota Konstantinopel. Para solihin ini beserta pejuang-pejuang mereka diibaratkan oleh kawan dan lawan dengan ungkapan

“ abid di waktu malam dan pejuang di waktu siang. “

Kehebatan manusia teladan dan cemerlang ini, mereka berjuang siang dan malam. Di waktu siang melaksanakan amanah Allah kepada manusia, pada malamnya mereka merintih dan merayu kepada Yang Maha Pemurah dan Yang Maha Memiliki.  Jika teladan inilah dapat kita hayati, semestinyalah kita juga layak menerima kemenangan dan kecemerlangan seperti mereka juga.

0 comments on "Sekitar Muktamar PAS PUSAT 2011~"

Post a Comment

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

✿EpiLoG✿SeoRaNg✿MujaHiDaH✿ Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ways To Make Money Online | Surviving Infidelity by Blogger Templates