Wednesday, June 13, 2012

Hadiah dari seorang sahabat..

Posted by ::Siti Nur Adibah~10:: at 9:11 PM 1 comments
 [13/06/12]
Hari ni dapat sesuatu dr seorang sahabat..
teruja! sbb dia xpernah reti edit gambar bagai..
maka, haruslah sy teruja!
taraa~
go0d job! 
..................................

Hadiah untuk sahabat2 yang amat hajar sayangi..
walaupun xseberapa, tapi ni first time in my life hajar edit gambar.
 pinjam laptop saem..huhu. 
terimalah hadiah xseberapa ini. akibat rindu sgt dgn sep2 antunna.. 
terimalah.. ;)

Tuesday, June 12, 2012

Hindarilah Sifat Malas Wahai Sahabatku!

Posted by ::Siti Nur Adibah~10:: at 12:47 AM 2 comments
 
Bismillah wa alhamdulillah..
fatrah final exam makin tiba..
gelap cerah..gelap cerah..
hari ni genap sudah 11 hari tempoh study week buat diriku..

(haaaah! lamanya n bru perasan.grrrrr..)
cuma agak mengecewakan dan sedikit geram!!..
enchik syaitan ni memang sudah berjaya kuasai diri sy!..
bayangkan sepanjang tempoh study week ni, sy xmasuk apa-apa pn yg study..
n sangat lah kemalasan..
ya! alasannya, sy mula exm 18hb Jun..
xmacam sahabat/biah yg lain..
oh sadis!
mo0d exam silalah kembali!
wake up adeebah!

..........................................................................
 
Sifat malas adalah hamparan tikar bagi iblis. Bila kita membiarkan sifat malas ini dengan tidak berusaha memeranginya, maka tikar itu akan semakin lebar, sehingga semakin nyaman iblis bersemayam di atasnya. Kita akan menjadi semakin sulit keluar dari sikap malas itu dan hancurlah kita walau setinggi manapun ilmu kita.

Rasa malas diertikan sebagai keengganan seseorang untuk melakukan sesuatu yang seharusnya atau sebaiknya dia lakukan. Contoh-contoh rasa malas adalah sentiasa menolak tugas, tidak disiplin, tidak tekun, suka melengah-lengahkan sesuatu, mengelakkan diri dari kewajipan, dan seumpamanya.

Rasa malas merupakan sejenis penyakit mental. Masyarakat yang dipenuhi oleh individu-individu yang malas sudah pasti tidak akan maju. Selain itu, rasa malas juga menggambarkan hilangnya motivasi seseorang untuk melakukan pekerjaan atau apa yang dia inginkan.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

"Diriwayatkan daripada Annas Bin Malik berkata bahawa Rasullullah SAW. Pernah berdoa yang bermaksud : Wahai Tuhanku aku berlindung dengan Engkau dari sifat lemah dan malas, takut dan bakhil dan aku berlindung daripada Engkau dari azap kubur dan aku berlindung daripada Engkau dari kesusahan masa hidup dan masa mati. (menurut satu riwayat yang lain) aku berlindung daripada Engkau dari beban hutang dan dari dikalahkan oleh musuh" (Riwayat dari Muslim)

Diantara penyakit jiwa yang boleh merugikan dan memundurkan umat manusia ialah berperasaan lemah diri, malas bekerja dan berusaha , bersifat kedekut atau bakhil serta sayangkan harta untuk dibelanjakan ke jalan kebajikan bagi membantu orang yang susah. Dengan adanya sifat-sifat tersebut dalam diri sendiri segala urusan akan tergendala malah masyarakat akan lemah dan mundur serta mudah dikalahkan oleh musuh, dengan itu masyarakat akan jadi huruhara . Dengan sebab itu ianya perlu dikikis dan dihapuskan dari dalam diri setiap orang dengan sedaya upaya yang boleh.

Untuk menghapuskan sifat-sifat tersebut bukanlah satu perkara yang mudah, kerana ianya sudah melekat didalam diri tanpa disedari oleh kita. Oleh itu kita mestilah berusaha bersungguh-sungguh dengan sedaya upaya jauhkan dari sifat tersebut terutama dengan cara berdoa kepada Allah.

Semoga kita mampu mempersempit “tikar iblis” itu dengan cara memerangi sikap malas kita, agar kita mampu untuk meraih kebahagiaan di dunia dan akhirat. Amiin

 Jadi bagaimana hendak mengatasi virus yang merbahaya ini? 

Diriwayatkan dari Abu Said al-Khudri r.a bahawasanya pada zaman Rasulullah SAW ada seorang sahabat yang sangat miskin bernama Abu Umamah. Siang dan malam dia tinggal di masjid, dan kemudian baginda memanggilnya seraya bertanyakan sebab-sebab dia bersikap demikian.

Abu Umamah menerangkan kepada Rasulullah SAW tentang kesedihan dan kesusahan yang menyebabkan ia tidak tinggal di rumah, kerana akibat banyaknya hutang yang tidak dapat dibayarnya.

Mendengar pengaduan Abu Umamah itu, Rasulullah SAW merasa hiba lalu beliau berkata kepada Abu Umamah : “Mahukah kamu kuberikan kalimah dan amalkanlah dengan baik setiap hari, nescaya Allah SWT akan melenyapkan kesedihanmu dan memberimu kelonggaran? Kemudian Rasulullah SAW membaca doa, sedang Abu Umamah mendengar dengan baik.
 
Berikut adalah doanya...
 
 doa elak dari sifat malas, rasa dukacita dan kedekut
 
Abu Umamah membiasakan membaca ayat yang diajarkan oleh Rasulullah SAW itu siang dan malam dengan penuh keyakinan bahawa Allah SWT akan memberi kelonggaran kepadanya.

Selang beberapa hari., kesedihan dan kedukaan yang dialami Abu Umamah berkurangan, makin lama makin berkurangan dan akhirnya hilanglah sama sekali dan terbukalah alam fikirannya untuk mendapatkan pekerjaan yang baik.
 
Dia akhirnya dia menjadi usahawan yang berjaya, sehingga hutang-hutangnya dapat terbayar semuanya dan bahkan dia menjadi orang yang sangat kaya.

Monday, May 28, 2012

La Tahzan!

Posted by ::Siti Nur Adibah~10:: at 4:49 PM 0 comments

[28.05.12]
sedih..
kecewa..
terkilan..
depress..
down!
oh god!

.....................................................................

niat xbaek seringkali memakan diri..
maka ambillah pelajaran n pengajaran..
sentap hati dilemparkan asakan pertanyaan demikian..
juga bait ayat sedemikian..

mf andai sy yg bersalah..
cuma minta diberi sedikit ruang n peluang..
Ya Allah, lembutkan lah hati dia..
terima kasih atas semua ilmu n tunjuk ajar..jasamu di kenang
mohon dihalalkn segala ilmu.sekian. 

La Tahzan Adeebah!
jika sudah ditetapkan, maka Kun fayakun!

p/s**bibir tersenyum, hati menangis..

Tuesday, May 15, 2012

Andai kau mencari yang sempurna...

Posted by ::Siti Nur Adibah~10:: at 1:34 PM 0 comments
[13.05.12]
Andai kau mencari yang sempurna.
Pasti kau merana sengsara.
Carilah yang tidak mencela.
Dan mampu menerima seadanya.
Yang berkongsi saat gembira.
Dan sentiasa bersama walau berduka.
....................................
Di jalan dakwah mereka bertemu.
Pernikahan menyatukan dua insan yang bercinta.
Selamat Pengantin Baru. Bahagia selamanya. (^^)
Pasangan dua sejoli FaizalMaisya.
Mohd Faizal Bin Ahmad:
Naib Presiden 3 PMUKM 11/12

Maisya Azila Binti Ismaon:
Timb. Exco Kebajikan Dan Akademik ISIUKM 11/12
 Selamat Pengantin Baru K.Maisya n Us. Faizal~

::bersama Presiden ISIUKM n Pengerusi HELWA ISIUKM 2012/13::

Saturday, May 5, 2012

Pelajaran daripada ziarah ke rumah as Syahid...

Posted by ::Siti Nur Adibah~10:: at 8:31 PM 0 comments
Bismillah wa alhamdulillah..
entry ini ditulis khas sempena mengingati sahabat/biah seusrah lewat waktu dahulu..
berbulatan gembira bersama..
ya! sy banyak belajar dri situ..
kerna mereka insan2 hebat!
mulanya diberi tugasan utk memberi tazkirah ringkas..
dan tokoh ini menjadi pilihan utk dikupas..
As Syahid Syeikh Ahmed Yassin
ya! insan berkerusi roda yg cukup2 digeruni Israel Laknatullah..
jom kenali!

Sheikh Ahmad Yassin telah pun menempa sejarah dengan menemui kesyahidan pada tanggal 22hb Mac 2004 sekembaliannya daripada mengerjakan solat subuh secara berjamaah di masjid yang letaknya kira-kira 100 meter daripada rumahnya.

Menurut anaknya Sheikh Abdul Ghani, mereka terdengar bunyi bising dari arah atas masjid sebaik sahaja menunaikan solat subuh di masjid tersebut. Sheikh Ahmad Yassin diingatkan bahawa bunyi tersebut adalah bunyi daripada beberapa buah helikopter yang mungkin sedang memburu beliau.

Sheikh hanya menjawab : "Biarlah, memang sudah lama aku menunggu mereka."

Sebaik sahaja beliau keluar daripada masjid dan diiringi oleh beberapa teman rapatnya, Sheikh Ahmad Yassin telah ditembak syahid oleh 3 buah helikopter apache yang telah memuntahkan 3 buah peluru berpandu sehingga bersepai anggota dan tubuh-badan as syahid.

Allah Akbar....!

Kematian adalah satu yang telah pasti, tidak dipercepatkan dan tidak pula dilambatkan walau pun sesaat. Beruntunglah buat si syahid kerana beliau berjaya mengakhirkan kehidupannya dengan sebesar-besar kemuliaan. Rohnya riang gembira di syurga walau pun jasadnya kelihatan berderai merata-rata bersama lempahan tompokan darah yang memenuhi bumi.

Allah amat menyayangi Sheikh Ahmad Yassin sehingga membenarkan cita-citanya selama ini. Kasih sebenar Sheikh Ahmad Yaasin adalah kepada Allah, NabiNya, agama islam dan umatnya.

Allah menjadikan kematiannya sebagai suatu yang begitu besar. Lebih daripada 200 ribu orang-orang di Gaza telah berkerumun mengiringi jenazahnya ke maqam syuhada. Umat Islam seluruh dunia bercerita tentang kesyahidan dan masing-masing meluahkan rasa penghargaan yang begitu besar terhadap kehebatan perjuangannya.

Majlis Keselamatan PBB juga telah mengutuk pembunuhannya. Kerajaan-kerajaan Arab juga telah berbuat demikian. Negara-negara Eropah juga tidak berkecuali bercakap mengenainya.

As Syahid Sheikh Ahmad Yaasin bukanlah seorang menteri, tidak juga raja atau pembesar negara tetapi ketokohannya sebagai pemimpin Islam menjadikan kawan dan lawan memandang hebat kepadanya.

Sekalipun umat Islam kelihatan lemah dan hanya mampu melihat pemimpin gerakan Islam dibunuh, namun untuk menyerah kalah atau menggadaikan prinsip perjuangan atau mengiakan segala perjanjian-perjanjian yang sia-sia adalah tidak sama sekali.

Sheikh Ahmad Yassin juga mengajar umat ini bahawa mereka yang benar-benar mahu menggerakkan ummah, tidak perlu menunggu kelayakan akademik yang tinggi dan hebat seperti Master atau PhD atau menunggu jawatan yang hebat sebelum menerajui atau mendokong perjuangan memertabatkan kebenaran. As Syahid hanyalah seorang guru yang mempunyai latar belakang pendidikan yang begitu sederhana.

Perjuangan untuk memertabatkan kemuliaan Islam tidak terhenti dengan syahid atau perginya para pemimpin. Rasulullah saw wafat, para sahabat juga meninggal dunia, para ulama dan pejuang Islam terdahulu juga telah menunaikan janji masing-masing dengan Allah.

Nabi saw telah memberi khabar gembira dengan adanya umat ini yang terus melangsungkan perjuangan menegakkan Islam sehingga berlakunya di antara 2 ketentuan iaitu samada menang atau syahid di jalan Allah.

Walau pun kini as Syahid telah tiada di muka bumi, namun Allah telah menggantikannya ratusan ribu para pejuang yang bersedia untuk meneruskan kesinambungan perjuangan yang mulia ini.

Rumah peninggalan as Syahid, bahan-bahan penulisan perjuangannya dan generasi muda yang ditinggalkannya akan menjadi saksi terhadap kemenangan yang bakal diperolehi oleh umat ini walau pun as Syahid pun telah terlebih dahulu menghirup kasih sayang Allah dengan nikmat kesyahidannya.

copi pasta:: MK-8 AP ke Gaza, 16hb April 2012 ::

Saturday, March 10, 2012

Merindui Tanah Serendah Sekebun Bunga..

Posted by ::Siti Nur Adibah~10:: at 12:57 AM 1 comments

Bismillah..
andai mampu utk daku bicara..
ingin sekaliku katakan..
 hati ini merindui tanah serendah sekebun bunga..
merindui kebun sekolah chinta.. 
merindui geng bulatan chinta..
merindui markaz taman tarbiyah..
moga-moga bait-bait puisi ini menjadi pengubat..

..............

Negeri Kelantan, Seindah Namamu,
Tanah Serendah Sekebun Bunga,Negeri Tadahan Wahyu
Cik Siti Wan Kembang,Cukup Indah Namamu,Seindah Negerimu
Duhai Wajahmu Yang Indah ,Persis Jeddah, Yg Pernah Kulewati,
Taat Menjunjung Al-Quran,Teguh Menggalas Syariat,Yang Tidak Pernah Goyah,
Tersentuh Hati Kudusku,Lantaran Aku Disini,Biartidak Pernah Kuduga,
Bertemu Dengan Seorang Ulama’ ,Yang Dicintai Rakyatnya,
Lalu Kuntum Rindu Yg Lama Tersimpan,
Terubat Jua Akhirnya,Biar Sekelumit Cinta,
Beruntung Rakyatnya, Menumpah Teduh Seorang Ulama’,
Yg Lembut Tp Tegas Beribadat, Yg Pengasih Namun Xgoyah Pd Percikan Kealpaan Dunia,
Pasti Aku Merinduimu Lagi,Entah Kapan Bisa Diubati,
Cuma Setipis Doa Bisa Kutitip Buatmu,
Memacu Membangun Islam Bersama.

[ Oki Setiana Dewi,Bicara Selebriti 9 March 2012]

 Allahurabbi..hebatnya 2 orang insan ini!
terkesima dgn bait-bait ucapannya!..
moga terus istiqomah~

Friday, January 27, 2012

Solat Sunat Nikah~

Posted by ::Siti Nur Adibah~10:: at 10:31 PM 0 comments

Digamit Nostalgia.
Bismillah wa alhamdulillah. Ingin sekali daku dedikasi entry ini buat sahabat-sahabat seperjungan di SMKA Melor Batch (2002-2006). Jika dikenang-kenang kembali, tahun 2012 genap sudah 6 tahun kami membawa haluan sendiri. Selepas tammat SPM dulu, hanya dapat bersua muka dan bertegur sapa sewaktu mengambil result SPM. Ya! di Dewan Al- Ghazali itu menjadi saksi. Tangisan kegembiraan dan kesedihan. Sesekali, ada juga menjenguk dan menjejakkan kaki ke sekolah. Selepas itu, sama-sama menyepi meneruskan perjuangan dalam lapangan masing-masing.  Tatkala orang lain memilih untuk ke matrikulasi, IPG dan Universiti, aku hanya memilih untuk stay di tingkatan 6 sahaja. Dan SMKA Falahiah menjadi pilihan. Sememangnya aku masih sayang untuk meninggalkan bidang agama pada waktu itu. Ya! Allah memberi apa yang kita perlu. Bukan apa yang kita mahu. Dan semestinya, tatkala cuti semesta mahupun cuti hari raya, bertubi-tubi sms yang akan masuk melalui inbox. Antaranya:

"Jom keluar. Reunion Batch 06 akan diadakan di KB Mall...."

"Reunion akan diadakan di KB..."

"Jom g beraya rumah Dayah..ada wt makan cket.."

"Saem2..mai g umah Dyu, ada jamuan cket.."

Alhamdulillah, ukhuwah kami masih lagi utuh. Masih lagi berkesempatan untuk keluar jumpa sahabat lama. Cuma yang menjadi kebiasaan, reunion kami tidak bercampur antara Muslimin dan Muslimat..opss..Lelaki dan perempuan. Walaupun, sekolah kami dahulu adalah bercampur. Dan ada kisahnya mengapa sedemikian~ Semacam ada gap yang memisahkan kami. Seingatnya, dulu waktu hampir tammat persekolahan, kami kebanyakan menetap di asrama. Masa ni la timbul gejala berpuak-puak sikit (assobiyah org kata). Masa nk exam laa macam-macam ragam boleh tengok. Ada yang couple, ada yg dating, ada yg skodeng (mengintai). Dan geng kami semestinya geng anti couple (pada masa tu la). Namun begitu, masih lagi ade beberapa sahabat lama lelaki (muslimin) yang masih lagi bertandang ke rumah tatkala diadakan majlis rumah terbuka Hari Raya Haji/ Puasa. Ukhuwah kami masih lagi seperti di alam persekolahan dulu. Jemput sorang, kompem yang lain pun turut datang.

Jemputan Kenduri Kesyukuran.
Saat dalam kesibukan menyiapkan assignment dan menghabiskan sisa-sisa minggu akhir sem 3, dikejutkan dengan satu Invite melalui FB. Jemputan ke Majlis Kesyukuran Khairunnisa dan Mohd Hakimi. Mak oi, terperanjat kot! Teman sebelah katil masa kt dorm 1C (Aisyah) dan juga teman satu kelas kt 5 Ibnu Taimiyyah. Teman giler-giler sekali. Tapi Nisa' thiqah kot dari aku. Kami wat usrah pada adik-adik ting 2 sekali, berangan sekali. Masih lagi terbayang waktu dulu-dulu. Aku selalu jugak bercerita dengan Nisa'. 

Soalan kebiasaan antara kami : 

"antara sep kito, agak-agak la sapo eh akan kawin dulu???...
...pastu, gano eh sep kito 10 tahun lagi??..mesti nati wt reunion pakat bawa anak blako.

Lawak la pulak lau diingatkan balik. Tapi itu memang realiti. Persoalan yang pernah ditanya dan tidak pernah ada jawapan. Dan kini, persoalan itu telah dijawab. Ape pun Alhamdulillah, tumpang gembira buat kalian. Mabruk!...barakallahulakumawabarakaalaik. Semestinya ada sesetengah dari sahabat-sahabat lamaku masih terbayang-bayang lagi saat bait-bait Lafaz Sakinah. Tanggal 23hb Jan 2012, hampir menitis juga menitis mutiara jernihku....Siyes xterbayang macam mana kehidupan selepas kahwin.

maka dengan ini, aku nikahkan dikau dengan anakku Khairunnisa binti Rahim dengan mas kahwin sebanyak 7 Dinar..."

Dan yang sempat aku dengar perkataan SAH..Alhamdulillah.

Lafaz Sakinah.
Mungkin ini kali pertama aku betul-betul mengerti dan menghayati apa itu erti akad nikah yang sebenar. Dulu pernah belajar bab MUNAKAHAT waktu di form 6. Best belajar bab ni.:-) Ya! Nikah hanya sekali. Seolah -olah aku yang berada di tempat Nisa' waktu tu. Dan saat itu, Nisa' hanya rilek dan cool je. Kami yang terlebih excited. Ada juga kawan baik aku yang ingat saat ijab tadi itu adalah percubaan sahaja. Gelak sakan jugak waktu tu.

Dan seperti kebiasaan, selepas akad akan dilakukan solat Sunat Nikah. Dalam hati, agak-agak Nisa' smayang sekali tak?.. Tertanya-tanya jugak. Selepas itu, ada suara sahabat aku yang bertanya.. "Orang Perempuan kena semayang sunat nikah jugak ke?....

Solat Sunat Nikah.
Niat solat sunat selepas berkahwin ialah:
“Usolli sunnata badan nikahi rakataini lillahi taala”.
Maksudnya: Sahaja aku solat sunat selepas nikah dua rakaat kerana Allah Taala.
Rakaat pertama membaca surah al-Fatihah dan surah al-Kafiruun.
Rakaat kedua membaca surah al-Fatihah dan surah Al-Ikhlas.

Di antara dalil solat sunat selepas bernikah ialah:
Di dalam sebuah hadis Abu Said yang agak panjang, beliau menyebutkan bahawa para sahabat lain mengajarnya:
“Jika isterimu nanti datang menemuimu, hendaklah kalian berdua solat dua rakaat. Lalu mintalah kepada Allah kebaikan isterimu itu dan mintalah perlindungan kepadaNya daripada keburukannya. Selanjutnya terserah kamu berdua.” (Riwayat Ibnu Abi Syaibah)
Sebuah hadis daripada Abu Waail. Dia berkata:
Seseorang datang kepada Abdullah bin Masud RA lalu berkata: Aku menikah dengan seorang gadis tetapi aku takut dia membenciku. Abdullah bin Masud berkata:
“Sesungguhnya cinta berasal dari Allah Taala sedangkan kebencian itu berasal dari syaitan untuk membenci apa-apa yang dihalalkan oleh Allah Taala. Jika isterimu datang kepadamu maka perintahkanlah untuk melaksanakan solat dua rakaat di belakangmu.” (Riwayat Abd Razak)
Namun sebahagian orang menyatakan solat sunat ini tidak ada asasnya di dalam Islam kerana hadis-hadis yang dikemukan ini tidak kuat.
Tetapi Syeikh al-Albani juga mengatakan hadis ini mempunyai sanad yang baik dan mempunyai sandaran yang jelas dengan perbuatan generasi Salaf al-Soleh.
Wallahualam- Ustaz Rashidi Haji Wahab
 
sama cantik, sama padan
~KHAIRUNNISA & HAKIMI~
semua nak amik berkat dengan Nisa' :-)
semoga kalian bahagia hingga syurga ya! Allahumma Ameen~
who's next???

Friday, January 13, 2012

Tukar Ucapan Harian Kita Kepada Ucapan Berpahala

Posted by ::Siti Nur Adibah~10:: at 8:14 PM 2 comments

Salam  sayyidulayyam..penghulu segala hari..
moga kita tidak leka dari mensyukuri nikmat yg diberi..
subhanallah..alhamdulillah..allahuakbar

terima kasih!
secara xsedar..anda sudah mengungkapkan ucapan zikir..
.
.
.
.
.
tertarik untuk berkongsi..
ayuh biasakan yang betul..betulkan yg biasa..

Bagaimana ucapan salam yang sebenar-benarnya disyariatkan?

Jawapan kepada persoalan ini boleh dirujuk kepada sebuah riwayat lain yang menyatakan:

“Bahawa sudah bertandang seorang lelaki kepada Rasulullah seraya mengucapkan Assalamualaikum. Nabi bersabda “Sepuluh kebaikan”.

Kemudian datang yang lain pula sambil mengucapkan “Assalamualaikum warahmatullah”. Nabi bersabda “Dua puluh kebaikan”.

Kemudian datang yang lain lagi dan mengucapkan “Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh”. Baginda Nabi bersabda “Tiga puluh”. (Hadis riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)

pesan pada diri: betulkan yg biasa..biasakan yg betul..pahala free kowt.mudah kan??..let practise!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

✿EpiLoG✿SeoRaNg✿MujaHiDaH✿ Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ways To Make Money Online | Surviving Infidelity by Blogger Templates