Thursday, May 19, 2011

PESONA CINTA ZULAIKHA~

Posted by ::Siti Nur Adibah~10:: at 9:30 PM
Al -kisahh.... kisah Nabi Yusuf & Zulaikhah... 
Semoga kita sama-sama beroleh manfaat. Manfaat untuk bercinta ke? hurmmm…manfaat untuk kita mengenal Sang Pencipta. Allah Yang Maha Adil terhadap hamba-hambanya..Allah Yang Maha Mendengar doa dan rintihan hamba-hambanya….Allah Yang Maha Cantik dengan ciptaan-ciptaannya yang indah…Allah Yang Maha Berkuasa mengubah segala sesuatu dan banyak lagi… 
~MOGA DIRIKU PEROLEH CINTA YUSUF SELEPAS CINTA ALLAH DAN RASUL~

Semasa kecil Nabi Yusuf a.s telah dilemparkan ke dalam sumur tua yang ada di tengah padang pasir oleh saudara2 kandungnya yang mencemburuinya kerana kasih bapa mereka, Nabi Ya’qub kepada Nabi Yusuf a.s yang melebihi mereka. Nabi Yusuf a.s diketemukan dgn musafir lalu Nabi Yusuf a.s dibawa ke Mesir lalu dilelong. Lalu perdana menteri Mesir membelinya dan memelihara Nabi Yusuf a.s seperti anak kandungnya sendiri. Nabi Yusuf a.s membesar menjadi pemuda yang sangat tampan dan berkeperibadian yang sangat menawan. Isteri Perdana Mesir adalah wanita yang cantik menawan rupawan, umurnya masih muda untuk berdamping dgn seorang perdana menteri. Namanya Zulaikhah.. Zulaikhah melihat Nabi Yusuf a.s membesar. Bila Nabi Yusuf a.s telah membesar menjadi seorang lelaki Zulaikhah terpesona dgn ketampanan Nabi Yusuf a.s. Zulaikhah cuba menggoda Nabi Yusuf a.s dagn berbagai2 cara. Namun tidak berhasil.

Hinggalah satu masa, Zulaikhah memanggil Nabi Yusuf a.s ke kamarnya dan Zulaikhah mengunci bilik tersebut. Dia cuba menggoda Nabi Yusuf a.s sekali lagi. Namun orang yang telah terpilih sebagai rasul Allah ini sangat mapan imannya.. Allah telah menjaga hatinya dari gelojak nafsu kebanyakan lelaki iaitu wanita. Nabi Yusuf a.s cuba melarikan diri, tetapi begitu kuat juga Zulaikhah mengejarnya.. Lalu tertariklah Zulaikhah akan baju yang dipakai Nabi Yusuf a.s sehingga terkoyak. Koyakan itu berlaku pada belakang badan Nabi Yusuf a.s. Bila pintu terbuka terkejutlah kedua2nya kerana si perdana menteri telah sedia berdiri di depan pintu. Zulaikhah menuduh Nabi Yusuf cuba menodainya. Nabi Yusuf a.s mempertahankan kebenarannya yang Zulaikhah cuba menggodanya. 

Then,adalah sorang dari kaum kerabat mereka member cadangan. Jika koyakan baju Nabi Yusuf a.s adalah di bahagian depan, yakni dadanya maka Nabi Yusuf a.s yang bersalah, jika koyakan itu di belakang maka Zulaikhah la yang bersalah. Jelaslah siapa yang bersalah. Tapi, oleh sebab perdana menteri itu mahu menutup malu isterinya dia meminta Nabi Yusuf tidak menceritakan hal ini kepada sesiapa. Tapi, dinding itu mampu mendengar inikan pula manusia. Kisah ini tersebar keseluruh pelusuk Mesir. Ramai yang mencemuh Zulaikhah.Untuk membela dirinya, Zulaikhah mengadakan majlis dgn memanggil seluruh kaum wanita di Mesir. Mereka diberi makanan yang lazat2. Di penghujung majlis Zulaikhah menghidangkan pada mereka lagi jamuan lalu disertakan dgn pisau. Semasa mereka memotong buah epal , Zulaikhah meminta Nabi Yusuf a.s untuk keluar menampakkan diri kepada mereka. Pabila Nabi Yusuf a.s keluar, amatlah terpesona kesemua wanita2 yang hadir di majlis itu sehingga mereka melukai jari tangan mereka dgn pisau tanpa sedar. 

Tengoklah.. Ini baru pertama kali mereka melihat Nabi Yusuf a.s sahkan Zulaikhah yang telah lama memandang Nabi Yusuf a.s. Para pegawai kerajaan Mesir akhirnya memasukkan Nabi Yusuf a.s ke dalam penjara tanpa batas batu yang ditetapkan. Langkah ini bertujuan untuk menutup skandal isteri perdana menteri. Selama bertahun2 Nabi Yusuf a.s tinggal di dalam penjara sehinggalah Nabi Yusuf a.s berjaya menafsir mimpi raja Mesir. Raja Mesir memanggil Nabi Yusuf a.s untuk keluar dari penjara namun ditolak Nabi Yusuf a.s. Nabi Yusuf a.s meminta raja Mesir membesrsihkan namanya terlebih dahulu. Raja Mesir menurutinya. N, semuanya berjalan lancar.. 

Nama Nabi Yusuf a.s telah bersih dan diangkat menjadi bendaharawan Negara. Seiring dgn perkembangan zaman, usia Zulaikhah pun dimakan zaman, kini dia menjadi wanita tua dan papa, matanya rabun dan pendengarannta tidak tajam.Tapi cintanya pada Nabi Yusuf a.s tidak pernah padam. Zulaikhah pada awalnya adalah seorang penyembah berhala tatkala dia cuba menggoda Nabi Yusuf a.s. Selepas kejadian itu, dia menghancurkan seluruh berhala2nya. Dia berpindah hati, di tujukan cintanya pada Allah Azza Wa Jalla.. Allah sentiasa mendengar rintihan hati Zulaikhah.
 Zulaikhah berdoa: “Wahai Allahku, kini tiada lagi harta, kedudukan dan kecantikan yang kumiliki. Diriku hidup sebatang kara, tua, hina, dina dan papa. Engkau uji diriku dgn cinta kepada Yusuf a.s. Maka sambungkan cintaku kepada Yusuf a.s. Jikalau Engkau tidak berkenan mewadahi cintaku dgn Yusuf a.s. Maka ambillah cintaku di hati Yusuf a.s, agar aku muarakan segenap cintaku hanya kepada Engkau semata.” 

Para malaikat terharu dan bersimpati dgn Zulaikhah, dan kemudian mereka memohon kepada Allah untuk membantu Zulaikhah. Lalu Allah berkata,”Wahai para malaikat, telah tiba saatnya menolong dirinya.”Tatkala Nabi Yusuf a.s melalui tempat Zulaikhah tinggal, Zulaikhah memanggilnya. Nabi Yusuf a.s bertanyakan Zulaikhah kemana perginya harta kekayaanmu? Kecantikanmu? Zulaikhah menjawab,”Semuanya terkubur oleh cintaku kepadamu wahai Yusuf a.s. ” 

Lalu Nabi Yusuf a.s bertanya lagi,”Apa yang kau inginkan saat ini Zulaikhah?” Zulaikhah menjawab,”Aku inginkan 3 hal. Kecantikan, harta dan jalinan pernikahan.” Nabi Yusuf a.s sangat terkejut mendengar permintaan itu lalu bergegas pergi dari situ.Saat itu, Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Yusuf a.s melalui malaikat Jibril. Wahyu tersebut mengatakan yang Allah telah melamar Zulaikhah untuk Nabi Yusuf a.s. Para malaikat menjadi saksi pertunangan mereka. Nabi Yusuf a.s bertanya kepada malaikat Jibril,”Wahai Jibril, bukankah Zulaikhah sekarang ini tidak cantik lagi? Dia sudah tidak berharta dan tidak muda lagi?” Lalu berkatalah malaikat Jibril,”

Allah berkuasa atas apa yang Dia kehendaki.”Allah kemudian menganugerahkan kepada Zulaikhah kecantikan dan kejelitaan. Dia tampak muda, seperti gadis berusia 17 tahun, bahkan lebih menawan dari Zulaikhah yang pernah cuba menggoda Nabi Yusuf a.s.Selepas pernikahan mereka, Nabi Yusuf a.s benar2 tidak berdaya menahan dirinya. Tiap kali melihat wajah Zulaikhah, Nabi Yusuf a.s akan tergoda dan meminta untuk menghabiskan masanya bersama Zulaikhah. Nabi Yusuf a.s tidak tahan menunggu lama isterinya khusyuk menunaikan solat. Nabi Yusuf a.s benar mengemis dan merayu cinta Zulaikhah. Nabi Yusuf a.s memohon Zulaikhah untuk menunaikan permintaannya, namun Zulaikhah menolak. 

Dia berdiri meninggalkan suaminya untuk melanjutkan solat. Cintanya hanya untuk Allah. Nabi Yusuf a.s mengejar isterinya dan cuba menangkap tubuhnya sehingga baju Zulaikhah terkoyak. Melihat kejadian itu malaikat Jibril turun dari langit dan mendatangi Nabi Yusuf a.s dan berkata: Wahai yusuf baju dgn baju. Kepedihan Zulaikhah terbalas dgn kepedihanmu! Maha suci Allah. Tuhan Pengubah situasi. Baju dgn baju.Begitulah kisahnya…sungguh, Allah Maha Penyayang… 

sumber : website azzariyat.com

0 comments on "PESONA CINTA ZULAIKHA~"

Post a Comment

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

✿EpiLoG✿SeoRaNg✿MujaHiDaH✿ Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ways To Make Money Online | Surviving Infidelity by Blogger Templates