Bismillah wa alhamdulillah..
fatrah final exam makin tiba..
gelap cerah..gelap cerah..
hari ni genap sudah 11 hari tempoh study week buat diriku..
(haaaah! lamanya n bru perasan.grrrrr..)
cuma agak mengecewakan dan sedikit geram!!..
enchik syaitan ni memang sudah berjaya kuasai diri sy!..
bayangkan sepanjang tempoh study week ni, sy xmasuk apa-apa pn yg study..
n sangat lah kemalasan..
ya! alasannya, sy mula exm 18hb Jun..
xmacam sahabat/biah yg lain..
oh sadis!
mo0d exam silalah kembali!
wake up adeebah!
..........................................................................
Sifat malas adalah hamparan tikar bagi iblis. Bila kita membiarkan sifat malas ini dengan
tidak berusaha memeranginya, maka tikar itu akan semakin lebar,
sehingga semakin nyaman iblis bersemayam di atasnya. Kita akan menjadi
semakin sulit keluar dari sikap malas itu dan hancurlah kita walau setinggi manapun ilmu kita.
Rasa
malas diertikan sebagai keengganan seseorang untuk melakukan sesuatu
yang seharusnya atau sebaiknya dia lakukan. Contoh-contoh rasa malas
adalah sentiasa menolak tugas, tidak disiplin, tidak tekun, suka
melengah-lengahkan sesuatu, mengelakkan diri dari kewajipan, dan
seumpamanya.
Rasa malas merupakan sejenis penyakit mental. Masyarakat yang dipenuhi
oleh individu-individu yang malas sudah pasti tidak akan maju. Selain
itu, rasa malas juga menggambarkan hilangnya motivasi seseorang untuk
melakukan pekerjaan atau apa yang dia inginkan.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
"Diriwayatkan
daripada Annas Bin Malik berkata bahawa Rasullullah SAW. Pernah berdoa
yang bermaksud : Wahai Tuhanku aku berlindung dengan Engkau dari sifat
lemah dan malas, takut dan bakhil dan aku berlindung daripada Engkau
dari azap kubur dan aku berlindung daripada Engkau dari kesusahan masa
hidup dan masa mati. (menurut satu riwayat yang lain) aku berlindung
daripada Engkau dari beban hutang dan dari dikalahkan oleh musuh" (Riwayat dari Muslim)
Diantara penyakit jiwa yang boleh
merugikan dan memundurkan umat manusia ialah berperasaan lemah diri,
malas bekerja dan berusaha , bersifat kedekut atau bakhil serta
sayangkan harta untuk dibelanjakan ke jalan kebajikan bagi membantu
orang yang susah. Dengan adanya sifat-sifat tersebut dalam diri sendiri
segala urusan akan tergendala malah masyarakat akan lemah dan mundur
serta mudah dikalahkan oleh musuh, dengan itu masyarakat akan jadi
huruhara . Dengan sebab itu ianya perlu dikikis dan dihapuskan dari
dalam diri setiap orang dengan sedaya upaya yang boleh.
Untuk menghapuskan sifat-sifat tersebut bukanlah satu perkara yang
mudah, kerana ianya sudah melekat didalam diri tanpa disedari oleh kita.
Oleh itu kita mestilah berusaha bersungguh-sungguh dengan sedaya upaya
jauhkan dari sifat tersebut terutama dengan cara berdoa kepada Allah.
Semoga kita mampu mempersempit “tikar iblis” itu dengan cara memerangi sikap malas kita, agar kita mampu untuk meraih kebahagiaan di dunia dan akhirat. Amiin

Jadi bagaimana hendak mengatasi virus yang merbahaya ini?
Diriwayatkan
dari Abu Said al-Khudri r.a bahawasanya pada zaman Rasulullah SAW ada
seorang sahabat yang sangat miskin bernama Abu Umamah. Siang dan malam
dia tinggal di masjid, dan kemudian baginda memanggilnya seraya
bertanyakan sebab-sebab dia bersikap demikian.
Abu
Umamah menerangkan kepada Rasulullah SAW tentang kesedihan dan
kesusahan yang menyebabkan ia tidak tinggal di rumah, kerana akibat
banyaknya hutang yang tidak dapat dibayarnya.
Mendengar
pengaduan Abu Umamah itu, Rasulullah SAW merasa hiba lalu beliau
berkata kepada Abu Umamah : “Mahukah kamu kuberikan kalimah dan
amalkanlah dengan baik setiap hari, nescaya Allah SWT akan melenyapkan
kesedihanmu dan memberimu kelonggaran? Kemudian Rasulullah SAW membaca
doa, sedang Abu Umamah mendengar dengan baik.
Berikut adalah doanya...
doa elak dari sifat malas, rasa dukacita dan kedekut
Abu
Umamah membiasakan membaca ayat yang diajarkan oleh Rasulullah SAW itu
siang dan malam dengan penuh keyakinan bahawa Allah SWT akan memberi
kelonggaran kepadanya.
Selang
beberapa hari., kesedihan dan kedukaan yang dialami Abu Umamah
berkurangan, makin lama makin berkurangan dan akhirnya hilanglah sama
sekali dan terbukalah alam fikirannya untuk mendapatkan pekerjaan yang
baik.
Dia
akhirnya dia menjadi usahawan yang berjaya, sehingga hutang-hutangnya
dapat terbayar semuanya dan bahkan dia menjadi orang yang sangat kaya.